Iktibar!!! [VIDEO] Tersentuh melihat keihklasan Cik B membantu warga susah, Vida akhirnya akur memohon maaf

Iktibar!!! [VIDEO] Tersentuh melihat keihklasan Cik B membantu warga susah, Vida akhirnya akur memohon maaf

Usahawan sensasi Hasmiza Othman atau Vida akhirnya tampil memohon maaf selepas kenyataan ‘pedas’ dilempar terhadap golongan yang mengharap inisiatif melalui kempen bendera putih mengundang polemik dalam kalangan warga maya.

Kata Vida, apa yang dilontarkan sebelum ini bertujuan membuka mata segelintir rakyat negara ini agar mereka tidak bergantung pada bantuan semata-mata memandangkan pandemik Covid-19 belum menunjukkan tanda-tanda akan reda.

Menurutnya, dia tiada niat untuk riak dengan kekayaan dimilikinya.

“Saya tiada niat nak menyombong walau sebesar zarah sekalipun. Adakah kamu ingat saya orang kaya yang sombong dan bongkak sampai tak ada belas kasihan pada golongan yang memerlukan? Sudah tentu tidak.

“Takkanlah orang yang susah minta pampers atau susu saya tak boleh bagi? Takkan saya nak merosakkan reputasi saya dengan perkara sedemikian.

“Saya terpaksa bercakap macam tu supaya kamu terus berusaha. Saya harap anda semua jelas dan tak biarkan isu bendera putih ni berlarutan,” katanya melalui siaran langsung di media sosial malam tadi.

Tegasnya, sampai bila golongan yang mampu berusaha sendiri akan terus berharap pada kempen kibaran bendera putih sedangkan golongan itu sebenarnya mampu mengubah nasib sendiri.

“Kita tak tahu bila pandemik ni akan berakhir. Macam mana ekonomi negara akan pulih jika kita sendiri tak ada usaha untuk pulihkan keadaan?” katanya.

Terdahulu, melalui platform TikTok, Vida mengingatkan pentingnya berusaha dan tidak sekadar mengharapkan bantuan melalui kempen #BenderaPutih.

Namun, ramai pengguna di aplikasi berkenaan meluahkan rasa tidak bersetuju dan memberi reaksi kurang senang terhadap kenyataan Vida dengan alasan tidak semua orang mampu menjana pendapatan ketika kekangan perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Segelintir yang lain pula dilihat bersetuju serta menyokong kenyataan Vida dengan menyatakan bahawa sesiapa yang terasa dengan kenyataan itu harus keluar dari zon selesa dan mula berfikir cara untuk mengubah nasib mereka.

Luah penyanyi lagu I Am Me itu, golongan yang terjejas pendapatan di kala PKP seharusnya mencari ikhtiar untuk bekerja dalam norma baru.

“Jangan salahkan keadaan. Ambil hikmah depan mata. Jika ada orang yang susah, akan ada orang lain yang lebih susah. Jangan kaitkan saya ada modal tapi kamu tidak.

“Belajar hidup dalam norma baru. Kena ada usaha, ikhtiar dan tawakal. Jangan jadi seperti lagu nasihat Bangau Oh Bangau, nanti semua nak menyalahkan nasib,” katanya.

Sumber – Malaysiakini