Ilmuan sejarah ini buktikan telahannya tentang Ismail benar

Ilmuan sejarah ini buktikan telahannya tentang Ismail benar

Akhirnya kita diyakinkan bahawa ‘move’ UMNO tempoh hari hanyalah untuk menurunkan Bersatu dan meletakkan UMNO sebagai Ketua Kerajaan. Itu sahaja. Pemulihan negara semua cuma retorik paling muluk untuk menggoda telinga dan jiwa rakyat yang rela diperlembukan.

Buktinya? Marah-marah “kerajaan gagal” tempoh hari yang diuar-uarkan UMNO, yang ditujukan kepada TSMY, ternyata pura-pura belaka. Hari ini, orang yang dipropagandakan gagal tersebut dilantik pula sebagai Pengerusi MPN. Bertaraf Menteri.
Hairan. Orang yang mereka momokkan gagal, mereka juga yang julang?

Inilah namanya Politik. Kuasa. Haloba. Bila digaul semuanya dalam satu mangkuk jadilah ia Rojak Gila.

Selamat malam.

#shmkritiksosial

-Sahul HM-