“I’m fallin in love with #Mimi” – Tayang foto wanita cantik, bekas tunang Zarina Anjoulie sudah temui pengganti?

“I’m fallin in love with #Mimi” – Tayang foto wanita cantik, bekas tunang Zarina Anjoulie sudah temui pengganti?

Bekas tunang kepada pelakon Zarina Anjoulie iaitu Datuk Khazrul Elzey memuat naik foto seorang wanita di akaun TikToknya baru-baru ini.

Apa yang menarik perhatian, kapsyen yang ditulis Khazrul menjadi tanda tanya kepada warganet mengenai hubungannya dengan wanita tersebut.

“Im fallin in love with you #mimi. Thank you #Allah,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, ada individu bertanya adakah wanita tersebut bakal menjadi ibu kepada anak perempuannya, Julia Sharapova dia mengiyakan sekaligus mengukuhkan lagi bahawa dia sedang menjalin hubungan cinta dengan wanita yang digelar sebagai Mimi.

Dalam pada itu, ada segelintir menyatakan bahawa dia Khazrul cepat mencari pengganti.

Tidak kurang juga yang berharap hubungan mereka berkekalan hingga ke jenjang pelamin dan mendoakan kebahagiaan selain menzahirkan ucapan tahniah.

 

Terdahulu, Khazrul pernah mengikat tali pertunangan dengan Zarina Anjoulie atau mesra di sapa Anju.

Namun, hubungan tersebut tidak berpanjangan apabila mereka mengambil keputusan untuk berpisah.