Imam kontroversi Masjid Al-Islahiah buat keputusan meletakkan jawatan

Imam kontroversi Masjid Al-Islahiah buat keputusan meletakkan jawatan

Imam Masjid Al-Islahiah, Kuang yang terlibat memandikan remaja lelaki seperti mayat pada 8 Januari lalu telah meletakkan jawatan.

Pengerusi Tetap Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni menyampaikan berita itu dalam satu kenyataan hari ini, seperti dilaporkan portal MalaysiaGazette.

Menurutnya, tindakan sewajarnya telah diambil Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selaku agensi kerajaan yang bertanggungjawab menguruskan masjid di Selangor selepas mendapat maklumat mengenai kejadian itu.

“Saya diberitahu imam terbabit telah meletakkan jawatan dan JAIS sedang meneliti perkara itu untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Mohd Zawawi turut menggesa semua khususnya umat Islam di Selangor supaya bertenang dan tidak mengambil pendekatan agresif dalam menangani sebarang isu membabitkan institusi Islam itu.