“Iman abang hilang, abang hampir tak percayakan Tuhan, abang tak solat, abang terasa dunia ni kejam sekejam-kejamnya kewujudan”

“Iman abang hilang, abang hampir tak percayakan Tuhan, abang tak solat, abang terasa dunia ni kejam sekejam-kejamnya kewujudan”

 

Tak tergambar sakitnya apabila pasangan meninggal dunia apatah lagi kita tak terdaya untuk membantu mereka.

Seorang lelaki mengimbau kembali kenangan kehilangan isteri tercinta dan anak kedua disebabkan kanser.

Di bawah adalah luahan hati lelaki tersebut.

“Pukul tiga pagi mengimbau semula kenangan lama, saya tulis ni, cuma nak luah apa yang terbuku dihati kisah saya dan isteri tercinta bernama Sya.

Kita berkenalan semasa hari terbuka universiti, lepas abang dah tahun terakhir barulah kita berpasangan malah Sya ajak abang kahwin.

Setahun usia perkahwinan kita, direzekikan anak sulung yang kita namakan Raisya, sebab Sya nak samakan bunyi -sya dibelakang.

Hidup kita bahagia Sya. Mak ayah okay, duit cukup, anak sihat, kerja tenang. Tapi tak ada rumah tangga yang tak diuji.

Sya menyusu Rai dua bulan sahaja sebab Sya susah breastfeed. Abang tak ada masalah belikan susu mahal demi Rai.

Tidak abang sangka langsung kalau kurang susu itu tanda hormon Sya kurang stabil.

Mungkin ada silap abang tak terfikir sedangkan Islam ajar menyusu itu baik sehingga anak usia 2 tahun.

Cukup Rai usia setahun tahu-tahu Sya sakit di payudara dan rasa ketumbuhan. Silap abang mungkin tak prasan dari awal.

Masa check Sya dah stage dua kanser payudara. Ujian yang cukup berat untuk kita, Rai anak kita tak faham apa-apa masa tu.

Sya dapat rawatan kanser hampir tujuh bulan. Kita bertahan bersama, emosi, mental dan juga nafsu fizikal.

Bila next mamogram tahu-tahu Sya dah bebas kanser, abang sujud syukur di bilik doktor situ jugak. Abang tak nak kehilangan Sya.

Masuk ulang tahun perkahwinan ketiga, kita dah lalui macam-macam bersama. Kita sambut Sya dah bebas kanser dan pergi bulan madu lagi. Rai duduk di rumah ibu Sya.

Tahu-tahu Sya pregnant lagi kali ini anak lelaki, doktor (Dr) Obgyn cakap anak kita sihat tapi masih perlukan rawatan susulan dengan Dr onkologi untuk monitor kanser Sya.

Tapi kita abaikan sebab Sya yakin Sya dah bebas kanser. Abang juga percaya Sya sihat sepenuhnya. Abang tak nak hadap lagi keperitan ujian kanser Sya.

Tapi setiap kali check buku pink baby boy kita doktor tegas mintak check dengan Onkologi. Baby dah lima bulan masa itu baru check. Dr Onkologi marah Sya sebab pregnant lagi.

Doktor warning macam-macam takutkan Sya semua risiko mengandung sebelum tempoh dua tahun bebas kanser. Suruhnya Sya gugurkan baby boy kita.

Sya tak nak tapi doktor dah pesan katil wad untuk Sya. Abang dalam dilema. Tak boleh ke pantau saja atau lepaskan pesakit kalau tak setuju.

Tapi doktor ugut kalau tak setuju silakan balik dan buat pemantauan sendiri. Abang usaha cari balik doktor obgyn yang jaga kandungan Sya untuk tengok boleh ke pantau kalau Dr OB yang jaga.

Tapi doktor tak bagi. Yang berkaitan dengan kanser hanya Dr onco yang boleh jaga.

Bertambah dilema abang. Tahu-tahu wad dah dapat untuk Sya esoknya juga mereka gugurkan baby boy kita.

Kita namakan Aidil sebab nak samakan depan Ai-, macam nama abang, Aiman.

Selesai pengebumian rasa terlalu cepat. Sampai sekarang juga bagi abang terasa macam mimpi.

Sya balik berpantang tangan kosong. dua bulan lepas tu Sya ada tumor balik. Sya sedih, Sya stress, tapi abang tak tahu nak buat apa.

Mimpi ngeri kita datang balik. Sya makin diam, Sya tak selera makan, Sya rindu Aidil. Abang juga rindu Sya, Rai pun kadang-kadang main teddy bear namakan bear tu Aidil.

Sya sedih buat abang rampas bear tu daripada Rai dan baling jauh-jauh jangan sebut nama Aidil lagi.

Sebulan sahaja kanser Sya merebak. Rai kehilangan ibu tercinta, dan abang kehilangan satu-satunya isteri tersayang.

Semuanya berlaku terlalu cepat. Sampaikan abang tak boleh terima ketiadaan Sya, abang tinggalkan Rai pada mak abang, dan kadang kepada ibu Sya, sementara abang menghilangkan diri untuk cuba terima dan tenangkan diri.

Bukan sekejap. Hampir setiap minggu Sya, abang lepaskan tanggungjawab anak kita kepada mak dan ibu, tiga tahun abang macam tu.

Ibu dan mak banyak tolong besarkan Rai sampai urusan tadika semua abang hanya hulurkan duit sahaja.

Masuk hutan, pergi laut, duduk masjid negeri lain-lain sampai dua ke tiga pagi. Cuba reda. Menangis nak Sya ada balik hadap dunia ni. Abang tak kuat tak ada Sya.

Iman abang hilaang abang hampit tak percayakan Tuhan, abang tak solat abang terasa dunia ni kejam sekejam-kejamnya kewujudan.

Benda paling sensitif bila member kerja lelaki main-main suruh move on kahwin lain katanya perempuan semua sama, where there is a hole there is a goal.

Tapi abang tak nak perempuan lain. Bagi abang lebih baik layan seorang sebab bagi abang Sya yang pertama dan terakhir.

Sampailah anak sulung kita Rai dah mula sekolah rendah. Masatu baru start Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Nak tak nak abang terpaksa makin rapat dengan Rai.

Kebetulan member yang buat lawak tak sensitif tu kena kat batang hidung dia sendiri. Bini dia kanser dan mengandung anak pertama dalam masa sama.

Tapi jenis member ni kuat melenting mulut agak puaka. Bila doktor suruh gugur juga dia ckp bini tak nak jangan paksa.

Allah yang sembuhkan bukan doktor. Hujung tahun lahirnya bayi mereka.

Alhamdulillah syukur dia tak perlu hadap benda sama kita hadap. Sampai hari ni bini dia masih dalam chemo dah tiga rahun sampai sekarang.

Hidup bertahan lagi.

Abang kadang terasa tak adil tapi Allah maha besar, borak dengan member. Mulut puaka macam mana pun dia juga yang sentapkan abang benda betul.

Dia suruh abang baca pasal microchimerism dan fetomaternal transfer. dan kaitannya dengan kanser.

Katanya bila sel badan damage, baby dalam perut akan hantarkan sel sihat kepada ibu mengandung supaya boleh bantu ibu sihat semula.

Emosi orang sakiit juga banyak main peranan dalam menentukan kesihatan, nak selamat atau tidak.

Bodohnya abang terasa bila abang terlalu ikut percaya cakap doktor yang melenting.

Cakap macam-macam konon dorang je yang boleh bantu. Sampai kita gugurkan Aidil padahal Sya tak setuju.

Abang terasa tak puas hati sangat tapi abang tak boleh buat apa. Benda dah lepas.

Abang minta maaf Sya abang tak tahu langsung apa2 pasal sakit Sya. Abang tak ambil hirau emosi Sya bila Sya cakap Sya nak teruskan jaga baby Aidil. Tapi abang suruh ikut cakap doktor.

Abang minta maaf Sya, abang tak boleh nak jaga Rai yang makin membesar makin nampak macam Sya. Abang tak kuat. Tengok Rai pun abang rindu Sya.

Sampaikan bila terperuk dirumah sebab PKP, abang tengok Rai makin besar macam anak dara, abang terpaksa keluar rumah sebab bayangkan Rai sebiji muka Sya yang abang rindu.

Hari ni abang tulis confession hari ni sebab abang setuju dengan mak untuk suruh abang kawin dengan pilihan baru mak.

Mak siap uruskan call ibu Sya untuk beritahu sebab makin hari makin gila abang jadi bila keseorangan.

Ayah Sya setuju, sebab nampak abang seolah-olah lepas tangan tentang Rai. Abang minta maaf Sya abang dah di suruh untuk kawin lagi.

Padahal abang tak boleh nak cakap abang betul-betul nak atau tidak. Tapi Rai takda mak, ayahnya pula tak mahu bercakap melainkan sepatah-sepatah.

Maafkan abang Sya, abang rasa abang gagal, abang gagal sebagai suami, abang gagal sebagai ayah.

Anakku Rai, ayah juga minta maaf, tapi ayah kahwin baru dengan harapan Rai dapat kasih sayang yang selama ni ayah gagal beri. Sya, abang tak tahu apa nak buat sya.

Cuma abang boleh khabarkan ialah bakal isteri abang adalah balu kematian suami sebab kemalangan. Dia pun tak minta kehilangan suami.

Nampak usaha mak nak pilih jodoh yang dapat memahami. Abang faham niat baik mak, tapi abang belum bersedia nak hadap.

Sya. Abang hari-hari berdoa dapat bertemu sekejap untuk jumpa biarpun dalam mimpi supaya abang dapat minta maaf betul2 dengan sya.

Tapi lepas berjumpa dengan bakal isteri baru abang baik orangnya, dia beritahu pada abang Sya tengah bahagia dengan anak kita Aidil di syurga.

Baru abang terasa senang sikit untuk teruskan semula hidup.

Abang harap abang tak silap langkah. Abang kalau boleh nak ikut Sya dimana Sya ada sekarang.

Tapi agama melarang. Harap-harap masa depan lebih baik, untuk abang dan bakal isteri abang. Dan yang penting untuk Rai,” luahnya.