Imej terbaru Perodua Axia 2023 buatkan ramai tidak keruan, harga bermula RM38 ribu, ketahui 5 info yang anda perlu tahu

Imej terbaru Perodua Axia 2023 buatkan ramai tidak keruan, harga bermula RM38 ribu, ketahui 5 info yang anda perlu tahu

Kereta keluaran Malaysia sudah mula menunjukkan persaingan apabila berjaya mengeluarkan model-model terbaharu dengan ciri yang memuaskan. Dengan harga yang lebih mampu-milik berbanding kereta import, tidak hairanlah sekarang ramai yang memilih untuk membeli kereta jenama tempatan.

Bagi yang ada bajet lebih sikit dan berkira-kira untuk menukar atau membeli kereta baru. Inilah masanya! Perodua Axia 2023 dengan kod enjin D74A sudah boleh ditempah Februari ini.

Semalam, satu video teaser yang memperlihatkan model pertama mereka yang akan dilancarkan tahun ini iaitu Perodua Axia 2023. Apa yang menarik, ia kini sudah dibuka untuk tempahan, sekaligus menandakan pelancaran rasminya bakal tiba tidak lama lagi.

Ini 5 fakta tentang Perodua Axia 2023 yang korang kena tahu dikongsikan portal remaja.my

1. Varian

Axia 2023 (D74A) akan ditawarkan dengan empat pilihan varian, iaitu G, X, SE dan AV.

Varian G dan X mempunyai lampu jenis halogen, manakala dua varian lagi dilengkapi dengan lampu LED automatik dan lampu nyalaan siang LED. Cermin sisi pada semua varian adalah elektrik.

Varian SE dan AV, ia boleh dilipat secara automatik dan mempunyai lampu membelok LED. Kedua-dua varian ini didatangkan dengan kerusi separa bucket dan upholsteri separa-kulit dua tona, manakala yang selebihnya mendapat kerusi standard dan upholsteri fabrik.

Axia AV didatangkan standard dengan paparan multi-info TFT berukuran 7.0 inci dan paparan audio 9.0 inci seperti yang terdapat pada Alza dan Ativa.

2. Warna

Lima pilihan warna ditawarkan iaitu Ivory White (Putih) – solid, manakala selebihnya warna metalik, Lava Red (Merah), Glittering Silver (Perak), Granite Grey (Kelabu) dan satu warna baharu, Coral Blue (Biru).

Harga Bermula RM38k Dan Reka Bentuk Lebih Smart, 5 Perkara Perodua Axia 2023 Perlu Tahu!
Gambaran imaginasi konsep rekaan Axia yang baharu. Sumber gambar : https://www.automachi.com/

3. Enjin dan transmisi

Enjin ini masih lagi unit 1.0 liter 1KR-VE VVT-i yang sama, tetapi ditala semula dengan kecekapan bahan api 25.3 km/l, atau 27.4 km/l dengan sistem Eco Melahu (Eco Idle). Untuk varian AV, ia turut diengkapi dengan Mod Pemanduan Kuasa (Power Mode Drive).

4. Sistem Keselamatan

Axia AV mendapat enam beg udara (pemandu, penumpang, sisi dan tirai) dan Perodua Smart Drive Assist. Ciri-ciri lain seperti ABS dengan EBD dan BA, Vehicle Stability Control, Hill-Start Assist dan Traction Control pula disertakan secara standard pada semua varian.

5. Harga

Menurut paultan.org, harga dijangka bermula dari RM38,600 untuk varian G, RM40,000 untuk X, RM44,000 untuk SE dan RM49,500 untuk AV.

Bagi yang berminat untuk menempah model boleh membuat semakan dahulu di sini blog.pakej.my

Gambar-Gambar Perodua Axia 2023

Harga Bermula RM38k Dan Reka Bentuk Lebih Smart, 5 Perkara Perodua Axia 2023 Perlu Tahu!
Foto Via Perodua official website
Harga Bermula RM38k Dan Reka Bentuk Lebih Smart, 5 Perkara Perodua Axia 2023 Perlu Tahu!
Gambaran imaginasi konsep rekaan Axia yang baharu.
Harga Bermula RM38k Dan Reka Bentuk Lebih Smart, 5 Perkara Perodua Axia 2023 Perlu Tahu!
Gambaran imaginasi konsep rekaan Axia yang baharu.