Imej tindik hidung dikecam, Shila Amzah akui mahu cari kelainan lepas bercerai

Imej tindik hidung dikecam, Shila Amzah akui mahu cari kelainan lepas bercerai

 

Imej menindik hidung ditunjukkan Shila Amzah masih menjadi perhatian sehingga ada segelintir netizen bertanya mengenai perkara tersebut ketika penyanyi itu membuat siaran langsung di aplikasi TikTok.

Menurut laporan Astro Gempak baru-baru ini, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah mengakui mahu melakukan sesuatu kelainan selepas bercerai dengan mengubah sedikit gaya penampilannya.

“Bila ada overprotective family, you nak jadi rebellious (memberontak) kan. Jadi, selepas Sha cerai, I wanted to do something. Sha macam nak something different.
“Sha suka piercing dari zaman sekolah lagi,” jawab penyanyi berusia 33 tahun itu menerusi siaran langsung tersebut.

Sebelum ini, Shila mengundang kecaman ramai selepas tampil dengan imej sebegitu selain memakai kuku panjang yang boleh ‘dicabut’ ketika bertanding dalam program Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9).

Bagaimanapun, penyanyi lagu Patah Seribu itu menerima komen dengan hati terbuka sekali gus akan memperbaiki lagi kelemahan dalam dirinya.

Untuk rekod, Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Elias pada April 2018 namun bercerai pada Februari tahun lalu. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki Seth Uwais yang kini berusia tiga tahun.