Impian jadi kenyataan : Jutawan penerbangan, Richard Bronson berjaya lengkapkan misi ke angkasa lepas

Impian jadi kenyataan : Jutawan penerbangan, Richard Bronson berjaya lengkapkan misi ke angkasa lepas

USAHAWAN dan juga bilionair terkenal, Sir Richard Branson akhirnya berjaya melengkapkan misinya ke angkasa lepas.

Warga Britain itu mengambil masa beberapa dekad untuk merealisas ikan impiannya dan kini beliau boleh menggelarkan dirinya sebagai angkasawan.

Pada pagi Ahad jam 8.30 pagi (waktu tempatan), sebuah pesawat roket kecil yang dikendalikan oleh Virgin Galactic telah membawanya serta lima kru lain ke angkasa lepas.

Kapal VSS Eve itu melepaskan roketnya pada altitud 85 kilometer, lebih jauh berbanding sempadan 80 kilometer yang dianggap Amerika Syarikat sebagai sempadan angkasa lepas pada pukul 8.40 pagi.

Semasa menghadiri sidang akhbar, Branson kelihatan masih lagi dalam keadaan tidak percaya dan tergamam.

“Saya tidak tahu apa yang akan keluar daripada mulut saya kerana masih rasa saya sedang berada dalam ruang angkasa, ” ujarnya.

Walaupun Unity telah melakukan tiga perjalanan sebelumnya ke angkasa lepas, ini adalah pelancaran pertama yang menyerupai penerbangan komersial seperti yang dijanjikan Virgin Galactic kepada orang ramai.

Penerbangan ini dikendalikan oleh dua juruterbang – David Mackay dan Michael Masucci dan empat lagi kru termasuk Branson.

Sumber – Mstar