Ina Naim dedah dia tetap hidup bahagia hingga akhir hayat suaminya walaupun tak pernah ada mesin basuh, peti ais di rumah

Ina Naim dedah dia tetap hidup bahagia hingga akhir hayat suaminya walaupun tak pernah ada mesin basuh, peti ais di rumah

 

Isteri Allahyarham Suhaimi Saad, Ina Naim tidak pernah ada mesin basuh, peti ais yang menjadi keperluan rumah seharian namun beliau tetap bahagia hingga akhir hayat suaminya.

Baru-baru ini tular cebisan kata daripada Azie Saat yang tidak pernah terfikir bahawa Ina Naim bahagia bersama suaminya sehingga saat-saat terakhir suaminya menghembuskan nafas terakhir.

Malah Azie turut bertanya kepada Ina apa itu bahagia? Lalu Ina menjawab bahagia itu terletak pada tenangnya hati. Bahagia bila kita terima apa yang tuhan beri.

Disaat satu Malaysia kecam suami dia sebab tak pernah berikan dia kemewahan. Tak pernah belikan tv, Tak penah ada mesin basuh.
Kau tau apa dia jawab?

Bahagia ni,
Bukan dengan ada nya rumah besar, Kereta mewah,
Anak yang ramai, Pasangan yg sempurna. Tetapi kebahagiaan itu terletak pada tenang nya hati. Bahagia bila kita terima apa yang tuhan beri.

Kata dia lagi,
Ada duit banyak bukan makna Allah sayang.
Ada viewers likers banyak bukan makna Allah sayang.

Ada kawan ramai bukan makna Allah sayang.
Ada jawatan ada kedudukan tu bukan tanda Allah sayang.

Tapi, Allah sayang pada isteri yang taat pada suami.
Kita nampak dia susah,
Tapi hakikatnya hidup dia senang dan tenang.

SALAM TAKZIAH KAK INA,
Contoh isteri mithali dambaan suami.

Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim berkata, suaminya Mohd Suhaimi Saad yang juga bekas penyanyi kumpulan In-Team itu sudah mula batuk teruk sejak Ogos lalu.

Katanya, kesihatan suaminya semakin merosot awal Oktober selepas mengalami cirit-birit sehingga susut berat badan sebanyak 20 kilogram (kg).

Arwah tidak muntah hanya batuk teruk sejak bulan Ogos dan alami cirit birit. Arwah dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) sejak 10 November lalu.

Suhaimi Saad, 43, disahkan meninggal dunia pada 7.40 malam tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU), HSI akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Menurut Ina, arwah hanya meninggalkan pesan meminta maaf kepada semua orang seperti yang dimuat naik di laman sosial TikTok miliknya sebelum ditidurkan.