Individu dakwa suami Fatin Afeefa penipu, jadi ‘broker’ bukan pedagang saham?
Nama suami kepada pelakon, Fatin Afeefa, Aliff Awang atau biasa membahasakan diri sebagai Opai kerap kali menjadi perhatian sejak mendirikan rumah tangga pada Disember tahun lalu.
Dia yang merupakan pakar dalam bidang perdagangan saham turut dikatakan sebagai seorang jutawan setelah kerap berkongsi kejayaan serta kekayaan di media sosial.
Bukan buat duit dari forex pun
Namun begitu, menerusi satu ciapan di Twitter seornag individu, dia telah mendedahkan bahawa Opai bukanlah pedagang saham seperti didakwa tetapi seorang broker.
Meeting gelak2 dengan member lagi
Menurut akaun Twitter yang menggunakan nama @Vaikora, dia mendakwa yang Opai menjana pendapatan dengan memberi isyarat saham kepada pengikutnya untuk menyeleweng.
Tak hanya itu, dia juga mengatakan yang suami kepada Fatin Afeefa seorang penipu dan telah memperdaya pengikutnya.
Jadi, @Vaikosa berharap agar ada keadilan buat mereka yang dianiaya dan keadilan dapat ditegakkan.
Bongkak lain macam
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang telah meninggalkan maklum balas terhadap pendedahan tersebut. Ada di antara mereka yang faham tentang dunia traders ini menjelaskan bahawa Opai bukanlah seorang penipu seperti yang didakwa.
Namun begitu, ada juga yang percaya dan merasakan perkara sama seperti yang dikatakan pengguna Twitter itu.
Dia mengaku je bukan IB
Bukan nak backup, tapi dia memang trader
Kalau tak suka janganlah sebar benda tak betul
Tapi dia memang anak orang kaya
Walau bagaimanapun, ada pihak mengatakan yang suami kepada pelakon terbabit memang dari keluarga berada dan tanpa menyertai saham juga sudah berada dalam kategori kaya.
Untuk rekod, Opai telah bernikah dengan Fatin Afeefa pada 30 Disember 2022. Pernikahan tersebut berlangsung secara tertutup dan ramai terkejut dengan muat naik yang dikongsi oleh mereka.
Seja dari itu, pelbagai dalam kehidupan berumah tangga mereka menjadi sorotan ramai apabila masing-masing tidak lokek berkongsi momen bahagia di media sosial