Individu dedah perangai sebenar Janna Nick, pernah ‘sidai’ orang 4 jam

Individu dedah perangai sebenar Janna Nick, pernah ‘sidai’ orang 4 jam

 

Baru-baru ini, nama pelakon Janna Nick hangat diperkatakan apabila pendapatnya mengenai keseimbangan antara kehidupan dan pekerjaan meraih perhatian.

Terkini, menerusi ciapan individu yang dikenali sebagai Haris di Twitter, dia mendakwa Janna tidak menepati masa waktu bekerja.

“Dulu pernah shoot for some program with her. She made us wait for 4 hours,” dakwanya.

Janna Nick

Meninjau reaksi ciapan terbabit, rata-rata netizen mendakwa perbuatan tersebut seperti tidak menghormati masa orang lain.

Malah, ada yang tampil dengan dakwaan sama Janna sering melakukan perkara itu dan dianggap seorang yang sombong.

“Ramai gak orang kata dia memang kaki sidai lepastu kerek.

“Kalau dah 4 jam, ni lebih nak menyusahkan orang.

“Made others wait for 4 hours? Then she has the audacity to say she hustled her way through? Haha irony,” komen netizen.