Individu sebar aib gelar Uqasha Senrose gangster & pembuli tampil buat permohonan maaf

Individu sebar aib gelar Uqasha Senrose gangster & pembuli tampil buat permohonan maaf

Pelakon Uqasha Senrose memuat naik hantaran seorang individu membuat permohonan maaf secara terbuka yang mengatakan dirinya seorang pembuli dan gangster.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, Uqasha mengetahui perkara tersebut apabila ada seseorang yang mendedahkan mesej peribadi individu itu kepadanya.

Di dalam mesej tersebut, individu berkenaan turut menggunakan nama Tuhan untuk membuatkan orang percaya dengan kenyataan yang mengatakan Uqasha seorang pembuli.

“Dia telah menyebarkan aib yang mengatakan saya gangster dan pembuli kepada seseorang di direct message (dm) dan dm tu dapat pada saya.

“Punya dia nak buat orang percaya saya gangster dia siap cakap demi Allah,” katanya.

Namun, individu tersebut telah tampil membuat pengakuan dan permohonan maaf kepadanya melalui video.

Menurutnya, puncanya adalah dia pernah bergaduh dengan adik kepada Uqasha dan seterusnya menghakimi seorang kakak yang hanya membela adiknya, seorang gangster.

“Assalamualaikum saya Nadia Rosli ingin membuat pengakuan bahawa saya telah mengatakan Uqasha Senrose seorang yang gangster, seorang pembuli. Saya ingin menarik semula segala kata-kata saya.

“Dia sebenarnya bukanlah seorang pembuli atau gangster tapi cuma saya pernah bergaduh dengan adik dia dan dia cuba untuk mempertahankan adiknya.

“Saya disini dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf kepada Uqasha Senrose kerana telah mengaitkan nama dia di dalam hal ini. Saya sekali lagi meminta maaf,” ujarnya.

Tidak mahu memanjangkan lagi isu tersebut, Uqasha terima permohonan maaf daripadanya.

“Takpe saya dah maafkan awak jugak,” tulisnya.