Indonesia bakal laksana plaza tol ERP macam Singapura, Malaysia bila lagi?

Indonesia bakal laksana plaza tol ERP macam Singapura, Malaysia bila lagi?

 

Walaupun plaza tol RFID diperkenalkan untuk mengurangkan kadar kesesakan, namun didapati kesesakan masih lagi berlaku gara-gara sistem tersebut masih tidak cekap sehingga menyusahkan para pengguna.

Dalam satu laporan Kompas.id, negara jiran Indonesia, penggunaan penetapan electronic road pricing (ERP) sedang dipertimbangkan oleh Pemerintah Provinsi DKI Jakarta melalui Jabatan Pengangkutan.

Bagi mengurangkan kesesakan dengan melaksanakan ERP, pihaknya akan melakukan pelbagai usaha. Antaranya menyelaraskan jadual pengangkutan antara mod, menambah kemudahan bas Transjakarta dan memaksimumkan integrasi tambang melalui aplikasi Jaklingko.

Berdasarkan kajian yang dijalankan bersama Badan Pengurusan Pengangkutan (BPTJ) Jabodetabek, pelaksanaan itu mampu mengurangkan kesesakan sebanyak 10 peratus hingga 30 peratus.

Berita yang dikongsikan portal Kompas.id itu telah dikongsikan semula melalui pengguna Twitter @amerhadiazmi. Ciapan beliau menarik perhatian netizen Malaysia yang lain.

Orang ramai mempersoalkan mengapa Malaysia masih belum melaksanakan penggunaan ERP yang dilihat jauh lebih berkesan dan efektif berbanding RFID pada ketika ini.

Nyata orang ramai lagi, untuk melaksanakan penggunaan plaza tol ERP itu, setiap kenderaan perlu menggunakan nombor plat standard. Namun melihat situasi semasa, sangat sukar untuk berbuat sedemikian.

Tambah netizen lagi, dengan penggunaan nombor plat standard ia dapat memudahkan tugas pihak berkuasa untuk mengesan pengguna jalan raya kerana setiap nombor plat ‘menyimpan’ butiran kenderaan tersebut seperti lesen serta roadtax.

Pengguna Twitter turut tag akaun Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ciapan mereka meluahkan hasrat agar pihak kerajaan dapat menyelesaikan perkara ini secepat mungkin.

Pada awal tahun 2022 lalu, orang ramai mempertikai bagaimana keberkesanan RFID apabila tular beberapa gambar di mana lorong RFID terpaksa beratur jauh lebih panjang daripada lorong Touch n’ Go dan SmartTAG.