Influencer dakwa wanita boleh kekal awet muda jika tiada anak, “Bagi saya anak itu beban”

Influencer dakwa wanita boleh kekal awet muda jika tiada anak, “Bagi saya anak itu beban”

 

Baru-baru ini, seorang personaliti media sosial atau influencer dari Indonesia menjadi bualan ramai selepas berkongsikan pendapatnya mengenai kaum wanita. Menurut Gita Savitri, wanita yang sudah berkahwin dan memilih untuk tidak memiliki anak akan kekal awet muda.

Baginya, wanita yang tidak mempunyai anak tidak akan melalui gangguan seperti yang selalu dilalui para ibu yang lain. Malah mereka juga dapat menerima tidur yang cukup selama lapan jam dan tidak tertekan dengan jeritan anak-anak di rumah.

Difahamkan, kenyataan itu dikongsikan semasa dia menjawab pertanyaan dari pengikutnya yang mahu kekal awet muda seperti influencer yang berusia 30 tahun ini. Gita kemudiannya membalas tidak mempunyai anak merupakan salah satu cara untuk kekal awet muda secara semula jadi.

“Kita boleh tidur 8 jam sehari dan tak tertekan dengar jeritan anak. Kalau muka berkedut, kita ada duit nak buat botoks.”

Semasa sesi ‘live’ bersama suaminya, Gita tetap menegaskan untuk tidak mempunyai anak. Malah dia juga berpendapat anak merupakan satu beban dan disebabkan itulah dia memilih untuk tidak memiliki cahaya mata selepas berkahwin dengan suaminya.

“Iya buat saya anak itu beban. Buat anda kan, bukan (tapi) anugerah. Buat saya beban sebab itu saya tidak mahu (punya anak). And there’s nothing wrong with itu.”

Walau bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan oleh influencer ini telah membangkitkan kemarahan dalam kalangan netizen di Indonesia. Jelas mereka, kenyataan itu seolah-olah menyindir kaum wanita yang sudah berkahwin dan yang telah bergelar ibu.

Malah ada juga yang menuduh wanita itu sebagai sombong dengan pemberian Tuhan semata-mata untuk mengekalkan kecantikannya. Terdahulu, Gita dan suaminya membuat keputusan untuk tidak memiliki anak atau childfree pada tahun 2021 lalu.