Ingatkan gangguan jin, rupanya jiran neraka durjana simbah air kencing di tingkap

Ingatkan gangguan jin, rupanya jiran neraka durjana simbah air kencing di tingkap

 

Seorang lelaki tergamak bertindak di luar jangkaan dengan menjirus air kencing di tingkap rumah jiran sebelah rumahnya.

Menerusi kongsian seorang wanita di akaun sosial media TikTok, kejadian itu terbongkar apabila dia dan suaminya membuat keputusan untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV).

Hal ini kerana mereka sudah merasa sangat tertekan dengan bau yang tidak menyenangkan datang dari tingkap rumah.

Pada mulanya, pasangan itu menyangka aroma hancing yang boleh dihidu dari bilik tidur mereka itu datang dari air kencing kucing.

Namun begitu, kesan lelehan yang terlampau tinggi dan banyak itu membuatkan dirinya dan suami tidak yakin dengan andaian tersebut.

Kemudian, pasangan itu mula mencari alternatif lain seperti perubatan tradisonal kerana bimbang terdedah dengan ancaman alam lain seperti syaitan, jin dan sebagainya.

“Siap tabur garam dan baca (ayat Al-Quran) sikit, tapi pelik (bau) masih ada,” katanya sebelum bertindak memasang CCTV.

Siapa sangka rupa-rupanya syaitan bertopengkan manusia merupakan pelaku yang menyimbah air yang menjijikkan itu.

@snow_queenz_

Perbuatan apakah ini? Mental ke apa? #jiranpuaka #misteri #terbongkar

♬ Mysterious – Andreas Scherren

Menerusi rakaman CCTV, jelas kelihatan jiran sebelah rumahnya melakukan perbuatan khianat dengan menyimbahkan air kencing menggunakan gelas.

Menurut pasangan itu, laporan polis sudah dibuat dan pelakunya sudah ditangkap polis untuk tindakan selanjutnya.