Ingin kekal cantik dan awet muda? Amalkan tiap-tiap hari masak nasi dengan bawang putih

Ingin kekal cantik dan awet muda? Amalkan tiap-tiap hari masak nasi dengan bawang putih

 

Setiap orang pasti ingin kelihatan kekal cantik dan kesihatan yang bagus. Selain mengamalkan gaya hidup sihat, antara petua awet muda adalah dengan menggunakan bawang putih seperti dilakukan oleh Nurul Diyana Kamaludin.

Jelasnya, tips ini sememangnya sudah lama diamalkan dan kesannya sungguh tidak sangka. Ikuti perkongsian artikel ini sehingga habis. Selamat membaca.

PETUA AWET MUDA GUNA BAWANG PUTIH

PETUA AWET MUDA

Ini antara amalan saya bila memasak nasi. Kadang saya bakar dengan kulit sampai lembut. Bila malas, saya masak bersama nasi.

Makan macam itu sahaja. Dua tiga hari sekali.

Caranya, bila nasi dah didih dan hampir kering, benamkan bawang putih. Nanti akan lembut dan sedap. Tak mengganggu pun rasa nasi putih tu.

Kenapa saya suka amalkan petua makan bawang putih? Di antara kebaikan bawang putih adalah:

  • Membantu menurunkan kolesterol
  • Bagi pesakit diabetes dapat mengurangkan kandungan gula yang tinggi dalam badan
  • Melancarkan aliran darah
  • Meningkatkan nafsu suami isteri
  • Menurunkan tekanan darah darah tinggi
  • Antibakteria mengurangkan risiko mendapat kanser
  • Awet muda
  • Buang toksin dalam badan
  • Sesuai digunakan rawat selesema dan demam
  • Rawat tulang rapuh
  • Mengawal berat badan

Wah! Nampaknya selepas ini boleh cuba cara ini. Baru kekal sihat. Betul tak?

Semoga bermanfaat!