Inginkan kulit putih dan gebu bak anak dara, hanya gunakan tiga bahan ini sahaja

Memiliki kulit yang putih dan gebu merupakan impian buat semua wanita di dunia ini. Malah, dengan memiliki kulit yang putih dan gebu juga dikatakan dapat meningkatkan tahap keyakinan diri seseorang berbanding mereka yang berwajah kusam dan gelap.
Meskipun begitu, ramai beranggapan untuk memiliki kulit sedemikian sudah tentu memerlukan perbelanjaan yang mahal terutamanya bagi membeli produk-produk berjenama yang sering terpapar di dada-dada iklan.
Namun sebenarnya ada sahaja cara yang murah dan mudah seperti dikongsikan seorang pengguna FB, Eleena Arif ini. Caranya cukup dengan hanya menggunakan skrub madu yang dicampur dengan beras pulut dan kunyit, wajahnya berubah kelihatan cantik berseri. Langsung tak ada cela di wajahnya, dan hasilnya memang begitu mempersonakan buat sesiapa yang memandang.
Tip yang dikongsi wanita ini ternyata sangat jimat dan berbaloi, malah wajar dicuba oleh wanita yang menitik beratkan produk berasaskan bahan alami.
Lebih mesra menggelarkan dirinya dengan panggilan El, bukanlah wanita belasan tahun lepasan sekolah. Usianya kini mencecah 33 tahun dan memiliki 3 orang anak. Kecantikan dimiliki El ternyata begitu menyerlah, persis wajah wanita belasan tahun.
Skrub Madu + Beras Pulut + Kunyit
Tiba-tiba El rasa terlebih rajin harini nak kongsi dengan you guys satu tip cerahkan kulit kusam dengan hanya gunakan 3 bahan je.
Bahan pula senang je nak dapat pergi dapur confirm jumpa. Apa yang El suka pasal scrub ni sebab lepas pakai kulit El nampak lebih cerah pastu nampak bersih. Bila pegang tu lembut je.
Selalunya El akan pakai Scrub ni time malam sebab kalau pakai siang tak sempat nak tunggu 15 minit Farrel dengan Aldric suruh wash sebab geli muka jadi yellow.
Scrub kalau boleh jangan pakai kerap tau. Kalau boleh seminggu pakai 1-2 kali macam tu je tetapi tengok pada kulit masing-masing.
Okay ini bahan bahan yang diperlukan :
1. Beras pulut
2. Serbuk kunyit
3. Madu tak kisah jenama apa pun
Step pertama : Ambil sejumlah kecil beras pulut sangai di atas dapur sehingga perang. Kemudian tumbuk sehingga halus macam rasa pasir tu (rujuk video).
Step kedua : Campurkan dengan secubit serbuk kunyit, sikit je tau jangan letak satu sudu kang muka kuning El tak tau ya.
Step ketiga : Ambil 1/2 atau 1 sudu kecil madu bergantung pada serbuk beras tadi.
Step keempat : Gaulkan sampai rata, paste akan jadi pekat sebab ada madu so boleh titiskan air sikit jangan cair sangat. Kemudian boleh oleskan dekat muka.
Step kelima : Biarkan selama 15-20 minit, kemudian boleh cuci. Kalau boleh basahkan tangan dulu, kemudian scrub muka tadi untuk mudahkan proses scrubbing kita. Kemudian bilas.
Pakai Skrub Buat Sendiri Saja Untuk Cerahkan Kulit Kusam, Hasilnya Gebu!
Ok siap! Lepas cuci boleh lah letak toner atau moisturizer ke bergantung cara you guys nak macam mana.
Pakai Skrub Buat Sendiri Saja Untuk Cerahkan Kulit Kusam, Hasilnya Gebu!
Nampak muka basah sebab lepas je El cuci terus tangkap gambar. Jadi ini lah hasilnya
Selamat mencuba!