Ingkar SOP Aidilfitri, giliran Norman Hakim dan Abby Abadi pula disiasat polis

Ingkar SOP Aidilfitri, giliran Norman Hakim dan Abby Abadi pula disiasat polis

Polis merakam keterangan lima individu termasuk berhubung keluarga selebriti yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana melakukan ziarah pada Hari Raya Aidilfitri, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, keterangan diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kira-kira jam 10 pagi ini.

“Kes masih dalam siasatan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan polis mengesan gambar keluarga selebriti berkenaan yang tular di dalam portal dan media sosial, semalam.

Mohamad Farouk dipetik berkata, gambar berkenaan menunjukkan sambutan hari raya bersama seisi keluarga yang disyaki tidak tinggal serumah.

Difahamkan kejadian itu dipercayai berlangsung di kediaman selebriti berkenaan di Hulu Kelang, di sini, membabitkan kira-kira 13 individu yang disyaki satu keluarga yang dipaparkan dalam gambar berkenaan. – HM