Ini cara bagaimana hendak tebus kredit percuma e-Pemula yang bernilai RM150
e-Start merupakan sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai dalam menerapkan gaya hidup transaksi tanpa tunai di premis perniagaan melalui eWallet Belia 2022 (ePemula).
Menurut menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, skim ini akan mengkreditkan RM150 secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.
“Dengan peruntukan RM300 juta, kerajaan berharap lebih 2 juta belia yang menerima manfaat daripada program ini dapat menggunakan sebaiknya melalui pembelian berguna seperti buku dan kelengkapan pembelajaran.”
Apakah Syarat Kelayakan?
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 18-20 tahun.
- Pelajar Institusi Pengajian Tinggi.
Bilakah Tarikh Penebusan?
Penebusan kredit percuma boleh dibuat dari 11 April sehingga 1 Jun 2022.
Apakah Kaedah Penebusan?
- Shopee Pay
- Grab Pay
- Touch N GO
- BigPay
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut layari laman sesawang portal Kementerian Kewangan Malaysia.