Ini cerita sebenar Konsert Jay Chou yang ramai orang tak tahu

Ini cerita sebenar Konsert Jay Chou yang ramai orang tak tahu

 

‘Nak keluarkan kenyataan politik, kena rajin semak fakta dulu,” tegas Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang menggesa Hannah menggunakan kuasanya untuk ‘mengorbankan’ konsert penyanyi antarabangsa dari Taiwan, Jay Chou yang dijadual berlangsung pada 15 Januari ini.

Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu turut menegaskan bahawa menteri sama sekali tidak dibenarkan untuk menyalahgunakan kuasa.

Tangkap layar ciapan Hannah di Twitter pada Jumaat.

“Kuasa menteri itu tidak boleh disalahgunakan. Konsert Jay Chou itu jelajah dunia dan 45,000 tiket sudah dijual.

“Axiata Arena hanya boleh muat 13,000, nak keluarkan kenyataan politik, kena rajin semak fakta dulu,” ciapnya di Twitter pada Jumaat.

Pada Khamis, Hannah menjelaskan bahawa 21,000 kerusi di Stadium Nasional Bukit Jalil terpaksa dikosongkan berikutan kerja-kerja pemasangan struktur pentas konsert berskala antarabangsa.

Beliau berkata, pemasangan struktur pentas di lokasi konsert berkenaan telah ditempah awal oleh pihak penganjur artis terkenal dari Taiwan, Jay Chou sejak Mac 2019, turut membabitkan jumlah kru yang ramai.

Justeru, Wan Ahmad yang juga bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan tampil menggesa Hannah menggunakan kuasanya sebagai menteri untuk membetulkan keadaan.

Beliau berkata, konsert itu perlu ‘dikorbankan’ bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia menyaksikan Harimau Malaya beraksi dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 antara Malaysia dan Thailand pada Sabtu ini.