Ini fakta kes Yassin Sulaiman dari sisi pandangan peguam jenayah terkenal

Ini fakta kes Yassin Sulaiman dari sisi pandangan peguam jenayah terkenal

Kes Saudara Yassin.

1- Yassin belum dibuktikan bersalah oleh mahkamah. Komen- komen baik atau buruk Yassin kena hadap disebabkan beliau adalah seorang artis.

2- Kecoh dan pelik juga apabila Yassin suruh sampaikan salam kepada YB Syed Saddiq. Bila dteliti, rupanya kemungkinan dia mintak segerakan usul di Parlimen supaya “ legalize” ganja untuk tujuan perubatan.

3- Dari Tiktok, Yassin pernah mengaku bahawa dia menghidap Bipolar Disorder. Berkemungkinan dia menggunakan ganja untuk perubatan dan merawat dirinya.

4- Dikatakan minyak CBD (cannabidiol) berkesan untuk merawat kemurungan dan hyperaktif dikalangan kanak- kanak setelah dititik pada bawah lidah.

5- Namun di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, pemilikan lebih 200 gram kanabis atau resin ganja dianggap sebagai bukti niat untuk mengedar, dan mereka yang ditangkap dengan jumlah itu akan berdepan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

6- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga telah menggugurkan marijuana perubatan daripada senarai dadah berbahaya.

7- Di Thailand, sekumpulan penyelidik diketuai oleh Dr Supphakit Siriluck, beberapa ujikaji dijalankan THC dan CBD berkesan untuk menghentikan sel kanser.

8- Di Mahkamah, kita pernah mempunyai seorang jurutera yang menjual minyak ganja untuk perubatan kemudiannya kes beliau terlepas hukuman mati tetapi dipenjara 5 Tahun.

9- Kita doakan yang terbaik untuk Malaysia. Apa jua keputusan Mahkamah, kita doa semoga dapat diberikan keadilan untuk tertuduh.

Hayat Muhamad.

Sumber – FB Hayat Muhamad