Ini fakta menarik tentang Dayang Anisha, wanita cantik bakal isteri Putera Mateen
Dengar ceritanya ramai gadis-gadis yang kecewa apabila Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Hassanal Bolkiah mengumumkan pada Ahad lalu bahawa baginda akan menamatkan zaman bujangnya pada Januari tahun hadapan.
Menurut media tempatan di sana, anakanda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah memilih Dayang Anisha Rosnah Adam sebagai isterinya.
Istiadat perkahwinan mempelai diraja ini dijadualkan akan berlangsung selama 10 hari di mana ia akan dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari diikuti Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja pada 11 Januari manakala Majlis Bersanding Pengantin Diraja dijadualkan berlangsung di Istana Nurul Iman pada 14 Januari.
Korang mesti nak tahu siapa sebenarnya gadis yang menjadi pilihan Putera Mateen ni kan? Jom tengok fakta menarik tentang Dayang Anisha ini.
1. Cucu golongan pembesar diraja
Dayang Anisha atau turut dikenali sebagai Anisha Isa Kalebic ini bukanlah orang biasa. Wanita ini merupakan cucu kepada penasihat khas Sultan Brunei iaitu Pehin Datuk Isa yang sangat berpengaruh di Brunei tau.
Bukan itu sahaja, datuknya ini juga turut pernah memegang jawatan dalam kerajaan antaranya sebagai Timbalan Peguam Negara pada 1968 dan Timbalan Menteri Besar pada 1970 serta merupakan pengasas kepada Syarikat Penerbangan Royal Brunei.
Menariknya, Pehin Datuk Isa juga mempunyai seorang datuk sebelah bapa yang berasal dari Brunei iaitu Tengku Mohamed Jaafar bin Tengku Mohamad Saad sebelum keluarganya ini berhijrah ke Brunei pada sekitar abad ke-20.
Manakala bapa Isa, Awang Ibrahim pula pernah menjadi Menteri Besar atau Perdana Menteri pertama Brunei pada tahun 1959 sehingga 1961.
2. Mempunyai dua perniagaan
Melihat latar belakang keluarganya yang berjaya, memang tak hairanlah Anisha yang kini berusia 31 tahun ini juga merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya.
Graduan universiti popular di England ini dilaporkan memiliki sebuah perniagaan fesyen pakaian yang dikenali sebagai Silk Collective dan turut mempunyai perniagaan pelancongan bersama rakan baiknya yang diberi nama Authentirary.
Selain itu, Anisha juga turut mempunyai hobi memasak tau! Kalau korang tak percaya korang boleh tengok sendiri akaun Instagram @/anishaskitchen yang dibuat khusus untuk kongsikan hidangan yang dibuatnya.
Ha, korang jangan terkejutlah kalau lepas kahwin nanti Prince Mateen naik badan. Huhuhu
3. Abangnya rakan baik Putera Mateen
Kalau korang nak tahu, Anisha mempunyai seorang abang yang turut menjadi kegilaan ramai wanita iaitu Daniel Isa Kalebic. Bukan tu je, Daniel ini juga merupakan rakan baik kepada Putera Mateen tau.
Menerusi perkongsian di media sosial, Daniel dan isterinya Janetira Attaskulchai sering meluangkan masa bersama Putera Mateen dan Anisha. Kedua-dua sahabat karib ini juga dikatakan turut berkongsi minat yang sama dan dilihat sering bermain bola sepak dan sukan polo bersama-sama.
Dorang ni sebenarnya dah berkawan sejak kecil lagi, kalau korang tak percaya tengok sendiri gambar Daniel dan Putera Mateen masa dorang kecil ni. Comel betul!
Apa-apa pun min harapkan majlis perkahwinan yang bakal tiba ini akan berlangsung dengan lancar dan pasangan ini bahagia selama-lamanya. Korang yang frust tu cepat-cepat move on ok?