Ini jawapan JAKIM mengulas kehadiran Najib Razak dalam majlis Thaipusam

Ini jawapan JAKIM mengulas kehadiran Najib Razak dalam majlis Thaipusam

Umum tentunya maklum keunikan negara ini yang terwujud dengan kepelbagaian bangsa dan agama, sejak sebelum merdeka lagi.

Sudah tentulah ianya mendatangkan sedikit kesukaran bagi mengeluarkan sesuatu hukum yang boleh diterima pakai oleh umat Islam khususnya demi menjaga perpaduan dan keharmonian semua kaum.

Bersesuaianlah dengan status Islam sebagai agama persekutuan, namun membenarkan semua agama diamalkan selagi mana tidak melibatkan penyebaran agama kepada penganut agama Islam.

Namun sehari dua ini, timbul kembali persoalan hukum melibatkan kehadiran masyarakat Muslim negara ini untuk turut bersama-sama menyambut perayaan berasaskan agama.

Ianya berpunca selepas tular satu video dan beberapa keping gambar memaparkan kehadiran Najib Razak, bekas perdana menteri ke-6 ke sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves, Selasa lepas.

.

Sambil menantikan kenyataan terbaru Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terhadap perbuatan Najib, pengguna media sosial sempat berkongsikan kenyataan berkaitan isu yang sama melibatkan Najib pada tahun 2015 dahulu.

Menurut kenyataan Datuk Othman Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seperti yang dilaporkan portal akhbar MStar ketika itu, kehadiran Najib pada majlis sambutan Thaipusam di Batu Caves tidak menyalahi hukum syarak.

Menurutnya lagi, perkara itu diperjelaskan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria pada 2012 yang mengatakan bahawa ia tidak bertentangan syarak selagi tiada niat untuk merayakan atau reda dengan perbuatan agama lain.

“Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 12 April 2005 telah mengeluarkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam sebagai panduan dan rujukan.

“Selaku ketua kerajaan, perdana menteri telah sedia maklum mengenai batas-batas dan garis panduan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Oleh itu, katanya, tidak timbul isu perdana menteri tidak boleh menyertai acara sambutan rakyat bukan Islam kerana menyalahi akidah atau bertentangan dengan kehendak agama seperti didakwa sesetengah pihak.

Mengenai pakaian yang dipakai perdana menteri semasa majlis itu, Othman berkata ia juga tidak menyalahi garis panduan kerana kurta merupakan pakaian tradisional bagi kaum lelaki India pada majlis rasmi dan tidak timbul isu pelanggaran akidah.

“Saya ingin menasihatkan seluruh umat Islam agar berhati-hati dalam memperkatakan isu yang tidak diketahui secara jelas supaya penyebaran isu-isu seumpama ini, lebih-lebih lagi berkait dengan akidah dapat dielakkan bagi mengelakkan fitnah dan tohmahan di kalangan rakyat,” katanya.

Namun apa yang menjadi persoalan, ‘fatwa’ JAKIM itu jelas merujuk hukum ke atas ketua kerajaan negara.

Adakah ianya turut terguna pakai terhadap Najib sekarang ini, yang hanyalah sekadar berstatus Ahli Parlimen dan bakal banduan.

Barangkali Menteri Agama begitu sibuk mengutamakan isu hukum memakai songkok dan kopiah ketika bertugas, sehingga terlupakan isu Najib ini.