Ini kesan kenaikan caruman KWSP daripada 13 kepada 20 peratus, ramai yang akan terkejut

Ini kesan kenaikan caruman KWSP daripada 13 kepada 20 peratus, ramai yang akan terkejut

 

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan di dalam Sambutan Hari Pekerja 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), bahawa terdapat cadangan supaya kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian majikan dinaikkan kepada 20 peratus berbanding 13 peratus ketika ini akan dibincang oleh kerajaan.

Walaupun begitu, cadangan tersebut belum dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri.

Setelah cadangan pengeluaran KWSP ditolak, cadangan kenaikan caruman KWSP majikan ini menerima banyak reaksi dari pelbagai pihak. Antara yang memberi komen adalah seorang usahawan, Izzuddin Yussof yang telah membuat hantaran berkenaan ini di Facebook beliau.

Antara perkara yang dibangkitkan adalah seperti berikut.

1) Kos pekerja majikan akan naik lebih kurang 6.2%

Sekiranya sebelum ini, syarikat membayar kos gaji pekerja RM50,000 sebulan termasuk KWSPdan sebagainya, apabila cadangan ini dijalankan, kos ini akan naik sebanyak RM3,100 sebulan atau RM37,200 setahun.

Kalau company besar, kos gaji pekerja sehingga RM500,000 sebulan, ia akan naik sebanyak RM31,000 sebulan atau RM372,000 setahun.

2) Margin untung bersih akan berkurang dalam lingkungan 31% – 62%

Margin untung bersih syarikat biasanya dalam lingkungan 10-20%, itupun dah kira tinggi. Banyak juga syarikat yang mempunyai margin negatif (rugi).

Jadi, bila kos pekerja naik sebanyak 6.2% mentah-mentah tanpa sebarang manfaat kepada prestasi syarikat, maka margin untung bersih syarikat akan jatuh dalam 31% – 62%.

Maksudnya, kalau selama ni pemilik perniagaan boleh untung RM10,000 sebulan, sekarang akan jadi RM3,800 sebulan.

Pemilik pun tutup perniagaan, buang semua orang, pergi makan gaji semula.

Image

3) Pilihan yang ada kalau masih ingin teruskan perniagaan? Pilihan pertama adalah buang pekerja

Tak perlu buang banyak. Adalah dalam 5-10% sahaja daripada tenaga kerja.

Benda ni boleh jadi akan berlaku untuk syarikat besar yang masih ada pekerja lain untuk ambil alih tugas mereka yang dibuang kerja. Tapi mustahil untuk perniagaan kecil yang memang setiap pekerja buat satu tugasan sahaja.

Jadi, kesan idea kenaikan caruman majikan ini akan memberi kesan kepada perniagaan kecil dan sederhana (SME).

4) Pilihan kedua? Naikkan harga

Kenaikkan harga mungkin tidak akan naik pada kadar 6.2% kerana pemilik perniagaan tahu, bila harga dinaikkan, permintaan akan jatuh. Maka, mereka terpaksa untuk menutup kadar kejatuhan permintaan itu.

Jadi, harga mungkin akan naik dalam 10%?

5) Kesan menyeluruh kepada majoriti rakyat biasa?

Kemungkinan untuk dibuang kerja itu ada. Harga barang akan meningkat 10%. Walaupun begitu, gaji akan kekal.

6) Kesan kepada ekonomi?

Seperti mana pengeluaran duit KWSP ke dalam ekonomi tu boleh merangsang ekonomi sehingga tahap pertumbuhan ekonomi meningkat 8-13%, jelas sekali kenaikan caruman KWSP yang menjadikan duit ‘keluar’ daripada ekonomi sebenar ke dalam pasaran kewangan (kerana KWSP akan guna duit tersebut untuk melabur ke dalam pasaran kewangan), akan menjadikan ekonomi perlahan atau merudum.

Sebanyak mana? Pampasan pekerjaan di Malaysia ni pada kadar 34.8%. Jadi, jikalau 7% ditarik daripada pampasan tersebut, ekonomi akan mengalami pengurangan ketumbuhan sebanyak lebih kurang 2.4%.

Maksudnya, jikalau pertumbuhan ekonomi Malaysia yang normal dalam kadar ~4%, maka disebabkan langkah kenaikkan caruman ini, ekonomi pun akan jatuh berkembang hanya dalam ~1.6%.

7) Jadi apa manfaat buat benda ni?

Tidak pasti. Hanya jikalau pekerja itu hidup sehingga umur 55 tahun dan boleh keluarkan KWSP miliknya.

Cumanya kos sara hidup akan lagi susah berbanding sekarang sehingga umur 55 itu.

Nota: Majikan di Amerika Syarikat hanya mencarum 6% kepada skim persaraan mereka. UK hanya 3%. Majikan Singapura mencarum 17%, namun pekerja sendiri juga mencarum sehingga 20%.