Ini kisah sebenar kebakaran besar kota Rom yang tidak pernah diceritakan
Hari ini 1,958 tahun yang lalu, kota Rom terbakar & dikatakan maharajanya, Nero menjadi punca.
Kebakaran bermula di deretan kedai yang menyimpan barangan mudah terbakar di kawasan Circus dekat Bukit Palatine. Malam itu berangin, menggalakkan api pantas merebak ke seluruh Circus yang bangunannya dibina rapat-rapat & meluas ke kawasan sekitarnya.
Kebakaran diburukkan lagi apabila dilaporkan kumpulan pencuri melempar obor & menghentikan sebarang usaha memadamkan api untuk mereka mengaut barangan yang ditinggalkan. Dikatakan mereka mendakwa bahawa mendapat arahan untuk berbuat demikian.
Untuk 6 hari api membakar tanpa henti sebelum dapat dikawal, namun marak semula untuk 3 hari lagi. 3 daripada 14 daerah di Rom musnah sepenuhnya & hanya 4 daerah tidak disentuh api. Ratusan penduduk terbunuh & ribuan hilang tempat tinggal.
Maharaja Nero dituduh menjadi dalang di sebalik bencana dahsyat itu, apabila kawasan yang musnah pantas dibangunkan istana baharunya. Nero, yang disiytihar sebagai Maharaja pada 54M di usia 17 tahun, masyhur dengan sikap baran & pemerintahannya yang zalim.
Menurut legenda, Nero dikatakan bermain biola ketika kota Rom sedang terbakar. Bagaimanapun ia tidak dapat dibuktikan benar memandangkan ketika itu biola masih belum wujud, tambahan pula Nero sebenarnya berada di Antium, 35 batu dari Rom ketika kejadian.
Apabila mendapat tahu tentangnya, Nero dilapor pulang ke Rom, menggerakkan usaha menyelamat, mengumpul bekalan makanan & menjadikan istananya serta bangunan awam sebagai tempat perlindungan untuk para mangsa.
Sebaliknya, Nero menuduh Kristian sebagai punca kepada malapetaka tersebut, menangkap & membunuh ratusan penganut agama itu dalam usaha membanteras pengaruhnya daripada terus tersebar.
Sumber: History
#PeristiwaHariIni #Nero