Ini kisah yang diceritakan mengapa orang Sarawak dilarang makan ikan patin

Ini kisah yang diceritakan mengapa orang Sarawak dilarang makan ikan patin

 

Bagi orang Melayu Pahang, ikan patin ni dah macam hidangan wajib terutamanya masak tempoyak.

Tapi berbeza pulak dengan orang Melayu Sarawak sebab sesetengah dari deme tak dibenarkan makan ikan patin.

Kenapa boleh jadi begitu?

Legenda mengatakan pada satu hari nenek moyang kepada sebahagian orang Melayu Sarawak iaitu Awang Gading sedang mengail ikan di sungai.

Image

Secara tiba-tiba dia terdengar suara bayi menangis.

Setelah meningkat dewasa, Dayang Kumunah mula menjadi perhatian lelaki kerana miliki wajah yang begitu cantik.

Image

Dalam ramai-ramai yang minat dekat Dayang Kumunah, Awangku Usop beranikan diri untuk meminang. Setelah beberapa ketika, pinangan Awangku Usop diterima

Tapi syaratnya Awangku Usop tak boleh suruh Dayang Kumunah ketawa walaupun sekali. Syarat diterima dan mereka berdua terus bersatu.

Image

Lepas beberapa minggu menikah, Awang Gading telah meninggal dunia hingga membuatkan Dayang Kumunah murung dan sedih setiap hari

Tapi kesedihan tu berjaya ditutup dengan kelahiran 5 orang anak.

Benda dah settle tapi Awangku Usop pulak buat masalah.

Sebab sampai ke sudah dia tak pernah tengok Dayang Kumunah ketawa. Dia cubalah buat lawak dan bagi pickup line, tapi Dayang Kumunah cuma diam je.

Mungkin dia tak kelakar. Tapi bila anak deme yang bongsu buat lawak, Dayang Kumunah masih tak gelak.

Awangku Usop mintak berkali-kali sampailah isterinya ketawa. Dekat situ kejutan berlaku apabila Awangku Usop terlihat insang ketika isteri ketawa terbahak-bahak.

Tunggu apa lagi, Dayang Kumunah terus berlari ke tepi sungai. Awangku Usop dan anak-anak cuba kejar.

Belum sempat cakap apa-apa, Dayang Kumunah terus bertukar jadi ikan patin.

Dayang Kumunah pun berpesan kepada keluarganya agar tidak makan ikan patin.

Sebab deme macam makan darah daging sendiri. Sejak itu, sebahagian daripada orang Melayu Sarawak tidak akan sesekali menikmati patin masak tempoyak.