Ini rupanya McD masa tahun 50an dan kisah di sebalik kejayaannya

Ini rupanya McD masa tahun 50an dan kisah di sebalik kejayaannya

 

Pernah tak anda bayangkan bagaimana rupa McDonald’s sekitar tahun 1950-an? Pasti ramai di antara kita penggemar makanan di McDonald’s dan ingin tahu operasi pertamanya di mana.

Tahukah anda, McDonald’s merupakan restoran tertua di dunia yang masih dijalankan hingga kini di Amerika Syarikat.

Walaupun ia berkembang di Amerika Syarikat, kini McDonald’s mempunyai banyak cawangan di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Kejayaan tidak datang dengan mudahnya.

Begitulah usaha pemilik restoran McDonald’s bersusah payah meneruskan perniagaannya dengan jatuh bangun setiap hari bagi memastikan Restoran McDonald’s miliknya terus maju dan mendapatkan keuntungan yang besar hingga ke hari ini.

Pembukaan Awal McDonald

Pada tahun 1937, dua beradik bernama Richard dan Maurice McDonald’s memulakan perniagaan dengan membuka gerai hot dog dengan nama “Airdome” yang bertempat di Arcadia, California.

Perniagaan mereka menghasilkan keuntungan yang besar sehingga mereka terpaksa tutup restoran tersebut dan mula membuka kios drive-in yang hanya menjual hamburger dan jus oren.

Kemudian, pada tahun seterusnya terdapat menu baru iaitu kentang goreng dan Coca-Cola ditambahkan ke dalam menu.

Pada tahun 1953, Richard dan Maurice membuka restoran McDonald’s yang pertama di Phoenix, Arizona, Downey dan California.

Kemudian, restoran baru  dibuka di Des Plaines, Illinois, dekat Chicago pada 15 April 1955.

Pada masa ini juga logo berbentuk lengkungan bewarna kuning iaitu “Logo McDonald” telah diletakkan sebagai logo rasmi McDonald’s.

Kewujudan Ray Kroc

Ray Kroc merupakan seorang penjual susu dan tertarik dengan resoran McDonald’s yang diusahakan oleh Richard dan Maurice McDonald’s. Beliau berjumpa dengan dua beradik tersebut dan bercadang untuk membeli francais restoran McDonald’s untuk dibuka ke tempat yang lain.

Richard dan Maurice McDonald’s bersetuju walaupun kurang yakin dengan idea Ray Kroc yang ingin mengembangkan McDonald’s di seluruh negara.

Ray Kroc berusaha menjual francais McDonald’s dan memujuk Walt Disney untuk memasuki perniagannya. Namun, tak berjaya. Ray Kroc juga menubuhkan ‘McDonald’s Systems, Inc.’ sebagai undang-undang pembeli francais.

McDonald Terus Berkembang

Disebabkan kejatuhan dua beradik dalam perniagaan yang dihasilkan, Richard dan Maurice McDonald’s telah menjual hak perniagaan mereka dengan harga $2.7 juta USD kepada Ray Kroc.  Ray Kroc telah beri nama baru kepada syarikat dan memfokuskan menjual hamburger McDonald’s kepada keluarga dan kanak-kanak.

Selain itu, Ray Kroc juga telah mewujudkan maskot McDonald’s iaitu “Ronald McDonald” dan juga banyak menyiarkan iklan-iklan tv McDonald’s. Selepas Ray Kroc mengambil alih perniagaan McDonald’s, hingga kini McDonald’s terus berkembang di serata Amerika Syarikat.

Selain daripada Amerika Syarikat, terdapat juga negara luar yang memiliki restoran McDonald’s. Antaranya negara Jepun, Eropah, Jerman, Australia, United Kingdom, Ireland, Perancis dan banyak lagi. Pada masa itu juga, Drive-Thru, Quarter Pounder, Happy Meal dan lain-lain lagi telah diperkenalkan dan mendapat sambutan yang ramai.

Begitulah serba sedikit perkembangan pernigaan McDonald’s sejak tahun 1950 dan kini terdapat 1,000 cawangan McDonald’s di Amerika Syarikat. Hari ini terdapat lebih daripada 36,000 restoran McDonald’s di lebih dari 100 negara.