Ini saatnya, Lim Kit Siang ucap sayonara kepada politik
Veteran DAP Lim Kit Siang mengumumkan persaraannya selepas 56 tahun berkecimpung dalam politik.
Katanya, beliau tidak akan bertanding merebut kerusi dalam jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) dan juga Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Saya umumkan persaraan dalam politik, umum tarik diri Jawatankuasa Tertinggi Pusat (DAP), saya juga tak akan bertanding Parlimen, negeri di masa depan,” katanya dalam kongress DAP sebentar tadi seperti dilaporkan portal FMT.