Ini sebab kenapa IKEA Malaysia akan ditutup selama 1 hari pada akhir bulan ini

Ini sebab kenapa IKEA Malaysia akan ditutup selama 1 hari pada akhir bulan ini

Kedai perabot Sweden, IKEA sememangnya menjadi salah satu tempat yang paling disukai oleh rakyat Malaysia. Mana taknya, selain perabot dan barang hiasan rumah yang cantik dan mampu milik, ia juga menawarkan makanan yang enak seperti meatballs.

 

Ikea

Namun, menurut Facebook rasmi Ikea Malaysia, Ikea seluruh Malaysia akan ditutup selama sehari pada Selasa, 30 Mei ini.

Penutupan selama sehari itu adalah untuk memberi laluan kepada proses menaik taraf sistem IKEA agar pihak mereka dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan.

Selain gedung IKEA, halaman pembayaran (checkout page) di laman web IKEA juga akan ditutup pada hari tersebut.

Pelanggan masih tetap boleh melayari website IKEA untuk tengok barang atau ambil inspirasi namun anda tak boleh membuat bayaran untuk barangan yang ingin dibeli secara online.

Namun, jangan risau sebab pada 31 Mei iaitu Rabu, gedung dan laman web IKEA akan beroperasi seperti biasa.

Jadi, kalau korang ada plan nak jalan-jalan window shopping di IKEA pada Selasa ni, nampaknya kena tukar plan ke hari lain lah.