Ini sebenarnya punca kapal Titanic karam, bukan kerana langgar ‘iceberg’

Ini sebenarnya punca kapal Titanic karam, bukan kerana langgar ‘iceberg’

 

Cerita tentang tenggelamnya kapal Titanic ni rasanya ramai yang dah tahu dan dah banyak kali tengok filemnya. Kisah tragik penumpang-penumpang yang karam bersama kapal selepas berlaku pelanggaran dengan iceberg.

Kejadian ni berlaku pada 15 April 1912 dan telah mengorbankan lebih 1,500 nyawa.

Kalau ingat lagi satu babak dalam filem Titanic, ada satu kumpulan pemuzik yang terus memainkan muzik bagi menenangkan penumpang-penumpang lain yang tak sempat untuk selamatkan diri.

Kapal Titanic bukan karam kerana langgar iceberg, bila disiasat rupanya ini punca sebenar

Tapi dalam filem tu cuma sebahagian je fakta dan juga kisah sebenar yang diceritakan.

Jadi jom kita singkap semula beberapa cerita sebenar yang tidak difilemkan.

Malam Yang Tenang Sebelum Pelanggaran Berlaku

Dilaporkan semasa berlakunya nahas kapal Titanic, suasana dan cuaca pada malam tu sangat tenang. Tiada ombak atau ribut yang membahayakan mereka, dan suasana tenang itulah menjadi punca karamnya kapal Titanic.

Menurut ahli meteorologi, Edward Lawrence, haiwan plankton yang bersinar di laut sepatutnya boleh membantu kapten kapal untuk melihat ancaman bahaya di laluan kapal. Sekiranya plankton mengelilingi iceberg, kapten kapal mesti dah nampak dari jauh.

Pegawai kedua kapal, Charles Lightoller, secara terperinci menyebutkan ketiadaan plankton yang bersinar pada laluan mereka sebagai salah satu punca nahas tersebut. Cuaca tenang juga turut menghalang bacaan suhu yang kebiasaannya memberi amaran sekiranya kapal berlayar ke kawasan bongkah ais. Malangnya, ketika bongkah ais itu jelas kelihatan, mereka tidak sempat untuk buat-apa-apa. Dilaporkan kapal Titanic ketika itu cuma ada 37 saat je untuk ubah laluan.

Bongkah Ais Bukan Punca Karamnya Titanic?

Sebelum memulakan pelayaran, kapal Titanic sebenarnya sudah diberi nama jolokan The Unsinkable, bagi menggambarkan betapa kuatnya kapal milik J.P Morgan itu. Selepas memulakan pelayaran hari pertama, Pembakaran arang batu pun bermula di salah satu bunker kapal Titanic selama 10 hari. Pembakaran itu berterusan selama beberapa hari lagi dalam tempoh pelayaran.

Mengikut laporan, bunker arang batu mampu menampung pembakaran pada suhu tinggi tanpa merosakkan bahagian kapal. Pembakaran arang batu di bunker dilihat telah menyebabkan bahagian dalam kapal yang menghalang air masuk mengalami kerosakan. Krew di bahagian bunker arang batu yang masih hidup mengatakan, mereka tidak dapat memadamkan api dan sebahagian krew diminta untuk mengosongkan bunker tersebut.

Jadi dari situ boleh dilihat api sebagai salah satu punca kapal Titanic karam. Tapi betul ke? Terdapat juga laporan yang menidakkan teori ini kerana bukti yang kurang jelas. Yang pasti, selepas berlanggar dengan bongkah air yang besar itu, karam lah kapal Titanic.

Kapal Titanic yang dipandu laju ketika itu berlanggar dengan bongkah ais dan telah merobek bahagian tepi kapal. Dalam tempoh kurang 2 jam, kapal Titanic tenggelam ke dasar laut.

J.P Morgan yang sepatutnya menaiki kapal tersebut terselamat apabila beliau mengubah fikiran pada saat akhir untuk tidak menyertai pelayaran pertama kapal Titanic.

Padahal atas arahan dia juga lah yang kapal Titanic ni dipaksa untuk berlayar dalam kelajuan tinggi untuk cepat sampai ke New York. Biasa lah sebab nak nampak kapal Titanic ni gah sebab boleh sampai cepat dari yang dijadualkan.

Pernah Menjadi Kisah Fiksyen, Akhirnya Menjadi Kenyataan

Pada tahun 1886, seorang journalist bernama William T. Stead telah menulis satu kisah fiksyen berkenaan sebuah kapal Atlantic yang tenggelam selepas berlaku pelanggaran. Di dalam cerita beliau, digambarkan tidak semua penumpang dapat diselamatkan kerana kurangnya bot penyelamat di atas kapal.

Stead ingin mengambarkan keadaan sesuatu kapal sekiranya sebahagian bot penyelamat dibuang sebelum memulakan pelayaran untuk mengurangkan berat kapal.

Pada tahun 1892, Stead menulis lagi satu kisah berkenaan kapal yang tenggelam selepas berlanggar dengan bongkah ais. Dua dekad kemudian, Stead terbunuh dalam nahas kapal Titanic. Kapal tersebut dilaporkan hanya membawa 20 bot penyelamat, yang tidak cukup untuk separuh penumpang pun.

Kapten kapal juga dipersalahkan kerana tidak memenuhkan bot penyelamat dengan penumpang. Bot penyelamat boleh memuatkan 65 orang, tetapi hanya 27 orang sahaja yang menaikinya.

Kisah Penumpang Dari Jepun

Terdapat seorang penumpang dari Jepun yang terselamat dari nahas kapal. Masabumi Hosono, merupakan seorang pegawai kerajaan Jepun yang sedang menuntut di Eropah pada ketika itu, dan menaiki kapal Titanic untuk pulang ke negaranya.

Semasa kapal Titanic tenggelam, Hosono sebenarnya sudah bersedia untuk mati selepas kapten kapal mengarahkan wanita dan kanak-kanak didahulukan untuk menaiki bot penyelamat. Beliau duduk di dek utama dan menunggu kapal karam.

Walau bagaimanapun, nasib Hosono berubah setelah seorang lelaki menjerit ke arahnya dan memberitahu terdapat satu lagi tempat kosong di bot penyelamat. Tanpa berfikir panjang, beliau terus lari menyelamatkan diri.

Tetapi kisah dia berjaya menyelamatkan diri dipandang sebagai satu perkara yang memalukan di negaranya. Bagi orang jepun, lebih baik mati bermaruah daripada hidup dalam keadaan memalukan. Dia dipanggil sebagai seorang pengecut di negaranya. Dia turut dipecat dari menjadi pegawai kerajaan.