Ini strategi ‘laku keras’ berniaga di bazar Ramadan, ramai tak tahu!
Ramadan bakal menjelma tidak lama lagi. Pasti ada yang sudah merancang untuk membuka gerai di bazar Ramadan nanti, kan?
Tapi, sebelum itu, amatlah penting untuk mengetahui selok-belok dan tip penting mengenainya terlebih dahulu kerana berniaga di bazar Ramadan adalah berbeza jika hendak dibandingkan dengan berniaga pada hari-hari biasa.
Pengarah Urusan Chicken Royale, Naz Daim yang mempunyai pengalaman luas berniaga di bazar Ramadan ada membuat perkongsian di Facebooknya mengenai perkara ini.
Jom ikuti hantarannya berikut yang mengajar mengenai ilmu berniaga di bazar Ramadan. Semoga semua dapat ‘laku keras’ tahun ini. Selamat maju jaya!
NAK MENIAGA BAZAR RAMADAN??
Ni saya share sket tips base pengalaman saya banyak tahun kat Bazar Ramadan… sambil tulis ni terbayang rasa kat tekak, pukul 4.45, depan bara api panggang ayam, hari panas… jualan baru nak bermula 😜😜😜
Takper saya share tips dulu ek
- Jgn bising pasal sewa Tapak mahal… tapi cari yang PALING Mahal. Focus dapatkan Posisi & View terbaik di Bazar terbaik dengan traffic terbaik.
- Corner Lot paling tinggi visual…
- Dah bayar sewa, fikir berapa sales perlu untuk cover semua… baik fokus energy fikir naikkan sales dari nak compaint tapak sewa mahal… memang tiap tahun makin mahal, tak yah complaint…
- Ingat, anda bukan meniaga ngam 30 hari puasa… biasanya 26 ke 29 hari je walau sewa tapak sebulan. Takper cukup… plan ahead.
- Hari pertama dan kedua puasa biasanya krik krik untuk makanan heavy… Air dan kuih meletop… tengah bulan puasa Air Balang susah nak habis… so plan ahead.
- Minggu pertama jualan Insya-Allah boom, minggu kedua biasa biasa… minggu ketiga krik krik, minggu last BOOM!!!! … last 3 days Puasa is the best.
- Sangat biasa untuk Hujan Rahmat di petang Ramadan !! Ada jenis hujan:
🌦Hujan yang turun kejap akan rancakkan sales…
🌦 Hujan kalau pukul 4 selama sejam… sales akan boom…
🌦 hujan turun pukul 5.15 ke atas dan lama… boleh start bungkus makanan hantar la kat mana-mana. Game Over….
so check app weather forecast… bersedia untuk adjust stock.
- Oh ya, jualan berlaku antara 4pm sampai 7pm… 5-6 paling hot… lepas 7 tu setakat nak habiskan apa ada tu pun kalau ada orang… so by 5.30/5.45pm dah kena break even.
- Always tahu target nak break even berapa pax/jualan.
- Bersedia persaingan sengit, semua orang akan jual benda sama… memang takder banyak idea menu baru… kuih, air balang, murtabak, roti john, nasi nasi, ayam kunyit, etc.
- Yang berjaya adalah yang paling stand out.
- Perlu Banner Jelas kat atas khemah… Tapi ini bukan medan untuk branding… Banner perlu jelas MENJUAL.
- Perlu LOUD & CLEAR. Kedai paling ramai selalunya kedai yang owner nya boleh buat bising jerit panggil pelanggan…
- Kena buang malu, jerit panggil pelanggan dengan ayat manis … tapi jangan jerit nak gaduh.
- Be unique, pastikan ada gaya unik dan tersendiri.
- Jangan sombong ingat makanan anda paling sedap… ada 199 kedai sama sedap, ada bazar lain pun ada makanan sedap. Gunakan strategi lain untuk tarik pelanggan.
- Jangan susun meja makanan terlalu ke dalam khemah, orang tak nak step in… biar ke hadapan dan nampak… Yang terlalu dalam akan gelap dan jadi macam terlindung… bukan kerja jin.. sendiri yang silap.
- Jangan kedekut display… display makanan paling meriah akan generate sales. Kreativiti display sangat penting.
- Yang paling laju jualan biasanya yang display paling mantop!!!
- Jangan takut nak tunjuk aksi masak… kalau ikan bakar kena nampak asap, kalau boleh bawak segala periuk belanga dan ada nampak api dapur … orang nak tengok aksi walau pun makanan dah siap masak pagi tadi… Wayang!!! Kena ada… Action!!!
- Be early, jualan start pukul 4… Pukul 2.30 – 3.00 dah datang set up, kemas, sapu dan sebagainya.
- The best Jual High Ticket Item yang Sellable… kalau jual benda low volume memang susah nak survive… Contoh, ikan bakar, ayam golek, nasi arab …. Ni sedap dijual sebab mahal dan demand tinggi.
- Its ok nak jual mahal, tapi always give the biggest portion…. orang awam mudah terpedaya dengan portion yang besar.
- Warna!!! Banyakkan warna dalam makanan, susun selang seli benda warna kontra… cepat laku.
- Jangan jual benda “experimental” …. Kebanyakkan orang datang bazar acah-acah adventerous… tapi bila bab final nak beli, dia nak benda yang “dia biasa dan tahu sedap tak sedapnya”. Geng real adventure nak try benda baru ni tak ramai pun.
- Bukan mesti gagal kalau makanan experimental ni… ada yang jadi ….kalau banyak guna elemen tambahan saya share kat atas dan bawah ni… tapi saya rasa susah sket…lagi mudah jual benda yang pasti orang nak…. Bazar ramadan ni short term, takleh lama nak try error.. by 3rd puasa kena final dan consistent dah apa kita buat.
- For some weird reason, walau ada yang berjaya jual… burger bukan menu sesuai kat bazar Ramadhan… fikir banyak kali kalau nak bawak menu ni.. yes ada orang berjaya, tapi percayalah cakap saya, lebih ramai yang krik krik bila pilih menu burger.
- Orang tak tahu sedap ke tak sampai buka puasa nanti… so gunakan Deria Mata untuk memberi bayangan makanan sedap.
- FOMO works!! Fear of Missing Out… senang citer, kedai yang ramai orang akan menyebabkan lebih ramai orang datang… kalau sendu sangat kedai anda, cuba upah orang beratur saja-saja beli … mesti ramai akan join lepas tu.
- Speed is everything… orang bukan nak makanan panas sangat pun, dia nak cepat… Belajar dan practise membungkus tahap dewa laju.
- Kedai yang nampak banyak pekerja bergerak buat kerja, memberi ilusi kedai ni trustworthy dan sedap.. ye ramaikan askar, pakaikan uniform sewarna… dan acah-acah busy dan layan pelanggan… nanti ramai la menyinggah.
- Masuk minggu ke dua, cuba hafal muka customer or buat-buat kenal…. Kalau jackpot memang dia pernah beli minggu lepas and dia rasa kita ingat dia… sampai hujung puasa dia beli kat kita.
- Jangan emo… eh orang depan tiru kita, eh orang sebelah makan kawasan kita, eh kita je yang buang sampah elok orang lain main tinggal… jangan buang masa nak emo benda remeh temeh… fokus nak jual 28 hari ni dengan rancak je.
- Jangan cepat nak tuduh orang tu pasang saka, orang ni tabur siling maut kat kedai kita… nak bisnes padu .. fokus bagi kedai jadi BOLD, LOUD, COLORFUL, ATTRACTIVE, SUPER FAST, FULL OF ACTION … takyah main game raih simpati… Tonjolkan mood CERIA dan BERSEDIA untuk tarik pelanggan.
- Oh ya, mana-mana kedai yang boleh buat bau makanan dia sangat kuat … boleh menang besar tapi susah bab ni… nak naikkan bau makanan kita sendiri kat ruang terbuka yang semua menjual makanan berbau sedap.. memang susah… tapi fikirkan cara.
- Jaga akaun, cash money ni, jangan seronok sangat sampai hujung bulan tak tahu dah untung ke rugi.
- Tapi above all… jagalah integriti dan nama baik orang meniaga… jangan la fikir nak untung sekali je… yes game bulan Ramadan memang quick burst and kejar untung gaya tu… tapi….
- Tapi… jangan la jual karipap oksigen, makanan semalam, makanan dua hari lepas, makanan minggu lepas (oh yes, saya boleh senaraikan sapa yang buat macam ni).
- Semoga sukses di Ramadan kali ini dengan bermaruah… Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.
- Saya menulis tentang bisnes F&B dengan harapan dapat memberi panduan dan inspirasi pada semua sahabat FB yang berminat dengan industri ini.
Follow page saya “Naz Daim” untuk lebih banyak content cenggini 🤣🤣 Kalau nak hulur duit raya boleh PM tepi.
P/s Walau saya tak meniaga di bazar tahun ni, saya sangat-sangat suka meniaga di Bazar Ramadan…..lain feeling dia.. saya pernah gagal teruk kat Bazar and pernah laku keras… apa pun, ada satu feeling syok yang lain macam bila niaga di bazar ni.