Ini strategi Teknik Marketing Syaitan yang ramai tak sedar

Ini strategi Teknik Marketing Syaitan yang ramai tak sedar

 

Semalam dalam kereta, sahabat saya kongsi strategi Teknik Marketing Syaitan.

Power dan giler. Haha.

“Kau tahu tak, ketika iblis mahu Adam dan Hawa makan buah larangan, iblis tak terus suruh makan”

Apa iblis buat?

“Iblis sebutkan manfaat yang dia tahu dari hasrat hati Adam dan Hawa. Iblis tahu hasrat hati Adam dan Hawa ialah nak kekal selamanya didalam syurga”

“Jadi, iblis pun bertanya soalan yang membuatkan Adam Hawa terfikir untuk buat. Iblis beritahu, kalau nak kekal lama dalam nikmat syurga, kena makan buah larangan”

Akhirnya, berlaku apa yang kita tahu berlaku.

Target iblis ialah supaya Adam melanggar perintah Allah.

Teknik ni, marketer dan orang sales selalu guna dalam jualan dan terbukti berkesan terhadap psikologi nafsu manusia.

Mereka bina rapport supaya dapat kepercayaan.

Mereka kenalpasti hasrat dan keinginan pelanggan.

Mereka sebut manfaat yang akan diperoleh.

Mereka sebutkan masalah yang ditakuti berlaku.

Mereka tak menjual produk tapi menjual solusi.

Mereka hadir untuk bantu.

Manusia boleh hilang fokus untuk taat, apabila nafsu mahukan sesuatu.

Kita dah tahu, tapi tetap terperangkap. Berkali-kali.

ZAIM ZIN
The Inspirizer