Ini tanda-tanda seseorang itu ‘sangap’ dan ketagih seks

Sudah menjadi naluri manusia mempunyai nafsu seks, tetapi jika nafsu tersebut sudah masuk peringkat ketagih, terutamanya bagi yang belum berkahwin, ia boleh mengundang kepada bermacam masalah lain pula.
Ketagihan seks (sexual addiction @ hypersexuality) sering dianggap bukan merupakan masalah bagi ramai orang. Sedangkan bagi pesakit dan pasangan hidupnya, gangguan itu boleh memusnahkan sebuah rumahtangga. Dan bukan hanya merosakkan kehidupan peribadi pesakit, malah juga persekitaran sosial, keluarga, dan teman-temannya.
Menurut pakar-pakar dalam bidang ini, ketagihan seks ialah sebarang tingkah laku seksual yang berada di luar kawalan. Satu lagi ciri penting ialah, seperti penagihan lain, mereka yang terlibat mendapati emosi mereka bertukar-tukar antara terlalu tinggi dan terlalu rendah.
Apabila anda berada dalam tahap ketagihan seks, biasanya anda akan merasai
Tubuh yang ketagihan seks memerlukan jumlah yang semakin banyak, yang ertinya merasa mahu melakukan seks terus, sehinggakan tidak pernah betul-betul puas.
Amaran gejala ketagihan seks mungkin termasuk
– Masturbasi (melancap) yang tidak terkawal.
Kesan buruk dari ketagihan seks termasuklah
Perilaku-perilaku buruk lain yang akan berlaku
– Munculnya golongan-golongan ‘Flasher’ (orang-orang yang membuka pakaiannya untuk menunjukkan kemaluannya di khalayak ramai dengan sekali imbas atau beberapa kali).
– Voyeurisme (golongan pengendap atau ‘skodeng’ kata orang Terengganu).
– Sexual fetishism (keinginan seks untuk barang-barang contohnya pakaian dan juga anggota-anggota tubuh badan seperti kaki, tangan dan sebagainya.
– Pelacuran.
– Suka tayang tubuh seksi di sana sini , tidak kira dalam majalah, laman web dan sebagainya.
– Main kayu tiga. Suami atau isteri makan luar.
– Berhubungan seks dengan pasangan yang baru dikenali atau sesiapa saja.
– Telefon seks dan akses melalui internet pada laman-laman web porno.
Dengan semakin banyak dan menularnya laman-laman web porno dan mengghairahkan di internet , maka tidak mustahil penyakit Ketagihan Seks ini juga akan menjadi semakin kronik, terutamanya bagi generasi seterusnya nanti. Oleh itu pencegahan-pencegahan awal MESTI DIBUAT!
Wahai kerajaan, tolong sekat laman-laman web porno dari memasuki Malaysia!
Didikan agama sangat penting untuk mengatasi masalah ketagihan seks
Maka kerana itulah iman seseorang itu penting dalam melawan gejala ketagihan seks ini. Jika seseorang itu penuh ilmu agama di dada, ketahui dosa dan pahala, dan menghayati semua apa yang dipelajarinya dalam bab Aqidah, Feqah dan Ihsan dengan sebaik mungkin, insyaAllah dalamannya akan kuat untuk melawan desakan seks.
Jangan terlalu turutkan nafsu seks, kerana jika selalu diturutkan itulah sebabnya kekalahan kita dengan nafsu itu menjadikan kita ketagihan kerana sudah terbiasa dan diajar begitu. Apalagi pemenuhan nafsu seks itu adalah satu perkara yang nikmat.