Ini yang perlu anda lakukan jika diminta ‘settle tepi’ selepas kemalangan

Ini yang perlu anda lakukan jika diminta ‘settle tepi’ selepas kemalangan

 

Acapkali kita terdengar kes di mana mereka yang terlibat dalam kemalangan membuat permintaan untuk ‘settle tepi’ dan tidak pergi ke balai polis.

Khuatir jika amalan itu terus berleluasa, seorang lelaki tampil memberi amaran kepada pemandu kereta terutamanya bagi mereka yang pulang beraya.

Menurut lelaki yang bernama Ahmad Faezal, pemandu tidak perlu tergesa-gesa mencari jalan penyelesaian saat terlibat dengan nahas jalan raya.

Sebaliknya, pemandu perlu segera membuat laporan di balai polis berdekatan dan jangan menurut permintaan orang lain.

Jangan ‘settle tepi’ walaupun disergah, Faezal mencadangkan pemandu untuk membuat tuntutan insurans bagi menanggung kerugian.

“Ingat, disergah macam mana sekalipun, jangan setuju settle belakang. Claim sahaja insurans pada siapa yang langgar.

“Orang yang menyergah serius ada sesuatu tak kena. Patutnya dia tahu benda ni,” ciap @AhmadFaezal4 di akaun media sosial Twitter miliknya.

Faezal yang juga seorang penulis itu turut berkongsi pengalamannya yang membuat tuntutan insurans miliknya sendiri saat kemalangan.

Katanya, dia perlu menanggung sendiri kos betterment atau kos penggantian komponen lama mengikut kadar dan ‘umur’ kenderaan.

“Bayangkan betterment kereta 35%. Jika kos pembaikan kenderaan dalam RM8,000, korang kena keluarkan RM2,800+-.” Katanya.