Inspektor, Brigedier dipecat selepas ‘kantoi’ curang, dicekup suami dalam bilik hotel
Seorang polis wanita berpangkat Brigedier Polis Dua (Bripda) ditangkap berdua-duaan di sebuah bilik hotel bersama kekasih gelapnya yang juga merupakan pegawai polis atasan, lapor laman berita Tribunnews kelmarin.
Mereka ditangkap oleh suami wanita itu sendiri, yang juga anggota polis berpangkat sarjan.
Menurut si suami yang hanya dikenali sebagai ZM, ini bukan kali pertama isterinya berlaku curang.
Wanita itu pernah ditangkap bersama lelaki berbeza sebanyak dua kali sejak beberapa tahun lalu.
Namun dalam kejadian terbaharu, wanita dikenali sebagai DTR itu menjalin hubungan terlarang dengan pegawai kanannya sendiri yang berpangkat Ajun Inspektor Polis Satu (Aiptu).
Mereka ditangkap oleh ZM dan penyambut tetamu selepas mendaftar masuk ke sebuah bilik hotel di Surabaya, wilayah Jawa Timur.
Disebabkan kecewa dikhianati untuk kali ketiga, ZM membuat keputusan untuk melaporkan perkara itu kepada pihak atasan.
Menurut laporan, pihak polis dengan segera melucutkan jawatan kedua-dua pegawai tersebut dan mereka menjalani sesi perbicaraan di mahkamah.