Inspektor durjana disyaki rogol remaja yang melapor dirogol bapa tiri didakwa di mahkamah pagi ini

Inspektor durjana disyaki rogol remaja yang melapor dirogol bapa tiri didakwa di mahkamah pagi ini

Seorang anggota polis yang disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di Yan, Kedah akan didakwa pagi ini di Mahkamah Sungai Petani.

MalaysiaGazette difahamkan suspek yang berpangkat inspektor itu bertugas sebagai Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan akan didakwa mengikut 376 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan suspek boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebatan.

Sebelum ini, Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad menegaskan bahawa pihaknya tidak sesekali berkompromi dan penjenayah akan tetap dibawa ke muka pengadilan walaupun merupakan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Media tempatan melaporkan kejadian itu berlaku semasa remaja perempuan berkenaan membuat laporan polis ketika berada di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) pada 28 Disember lalu.

Laporan polis berkenaan dibuat remaja berusia 16 tahun terbabit 31 Disember 2022 dan dia mendakwa dirogol oleh seorang inspektor ketika berada dalam bilik pejabat pegawai terbabit di IPD berkenaan kira-kira jam 6.30 petang.

Mangsa berada di dalam bilik itu selepas inspektor berusia 30-an memanggilkan ke IPD untuk membantu siasatan berhubung satu kes rogol membabitkan remaja terbabit yang dikatakan dilakukan bapa tiri terhadap dirinya.