Intan Najuwa dapat hadiah kuda putih sempena birthday

Intan Najuwa dapat hadiah kuda putih sempena birthday

 

Pelakon Datin Intan Najuwa berkongsikan momen istimewa apabila menerima hadiah istimewa daripada suaminya, Dato Ahmad Asraf sempena ulang tahun kelahirannya ke-26.

Berkongsikan momen tersebut di media sosial miliknya, Intan teruja bertemu dengan kudanya yang diberi nama Trulala sambil ditemani suami tercinta.

Perkongsian Intan itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut teruja dengan hadiah diterima pelakon tersebut serta mengatakan hadiah tersebut sememangnya ‘another level’.

Dalam pada itu, ada yang menyifatkan dunia kehidupan Intan seperti dunia seorang puteri serta mengatakan pelakon itu sangat beruntung dikurniakan suami penyayang.

@intannajuwaaa

The best birthday gift ever from Husband 🥺💝 Welcome to the fam bam, Trulala 🐎

♬ original sound – hello – hello