Intan Najuwa kahwin dengan Datuk, terima wang hantaran RM222,000

Intan Najuwa kahwin dengan Datuk, terima wang hantaran RM222,000

 

Pelakon bertubuh genit, Intan Najuwa, 26, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Azraf Azman, 39, dengan sekali lafaz atu majlis tertutup Villa One, One&Only Desaru pada jam 6.45 petang tadi.

Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid dinikahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Dato Dr. Haji Nooh Gadot dan menerima mas kahwin bernilai RM20,000.

Nikah

Difahamkan angka 2 dalam mas kahwin dan wang hantaran RM222,000  adalah bersempena dengan tempoh dua tahun perkenalan mereka berdua.

Kedua-dua mempelai tampil menggayakan busana rekaan pereka fesyen tersohor, Fizi Woo bernilai RM40,000 bagi set pernikahan dan Teh Firdaus bagi persandingan dan acara potong kek.

Sementara itu, Intan ditatarias oleh jurusolek terkenal, Dato Alha Alfa dan dikongsikan menerusi laman Instagram.

Majlis pernikahan itu dilakukan secara tertutup dan dihadiri oleh ahli keluarga, rakan terdekat, selebriti dan pihak media.

Pasangan itu akan mengadakan majlis resepsi pada malam esok di Rimbunan Event Space, Johor Bahru.

Sementara itu, Intan meluahkan rasa syukur kerana segala perancangannya dipermudahkan dan memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat mahligai cinta dibina.

“Walaupun sudah bergelar isteri, Intan akan meneruskan karier lakonan selain memberi fokus kepada pengajian serta bisnes Intan sekarang.

“Saya juga mengambil kesempatan ingin mengucapan ribuan terima kasih kepada semua peminat atas sokongan yang diberikan seawal kerjaya Intan sehingga hari ini,” luahnya.

Intan dan Ahmad Azraf sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz. Foto Ihsan @cstproduction