Ira Kazar menangis hingga perlu ditenangkan, tapi tak sangka ini puncanya

Ira Kazar menangis hingga perlu ditenangkan, tapi tak sangka ini puncanya

 

Di laman Instagram Datuk Aliff Syukri, dia ada berkongsi video memaparkan isteri pengarah, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar yang sedang menangis sewaktu menjalani sesi fotografi produk keluarannya.

Difahamkan, Ira mengalirkan air mata sewaktu mendengar lagu berjudul Bukan Aisyah Bukan Siti Khodijah yang dinyanyi oleh Iren Lafebian hingga terpaksa ditenangkan oleh ahli keluarga yang turut ada dalam set.

Aliff turut sempat menegaskan bahawa dirinya tidak menyokong mana-mana pihak dalam isu membabitkan Ira Kazar dan Puteri Sarah.

Bagaimanapun, kebanyakkan netizen yang meninggalkan komen langsung tidak bersimpati apabila melihat wanita tersebut menangis.

komen

komen

Netizen merasakan air mata yang mengalir itu tidak seperit apa yang telah dilalui oleh pelakon, Puteri Sarah ketika masih bergelar isteri kepada Syamsul Yusof sebelum ini.