Ira Kazar tayang gambar raya seorang diri, masih ‘takut’ nak muat naik gambar bersama Syamsul

Ira Kazar tayang gambar raya seorang diri, masih ‘takut’ nak muat naik gambar bersama Syamsul

 

Isteri kedua kepada pelakon dan pengarah sensasi, Syamsul Yusof, Ira Kazar memuat naik gambar sempena Hari Raya Aidilfitri dengan lengkap mengenakan persalinan hitam.

Menerusi perkongsian di Instagram, madu kepada pelakon, Puteri Sarah itu dilihat memuat naik gambar bersama ahli keluarganya yang lain.

Ira yang jarang memuat naik sebarang perkongsian di media sosial selama ini mencetuskan kontroversi kerana menjalinkan hubungan sulit dengan suami orang sebelum sah bergelar sebagai isteri kedua kepada Syamsul selepas bernikah di Thailand.

Sehingga hari ini juga, anak kepada pelakon veteran, Kazaruddin Saisi itu belum pernah memuat naik gambar bersama Syamsul.

Ira juga masih berdepan tuntutan saman sivil atas dakwaan mengganggu rumah tangga Puteri Sarah yang difailkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.