Isi kandungan Tafsir Ar-Rahman diubah, Idris digesa tampil jawab dakwaan tular

Isi kandungan Tafsir Ar-Rahman diubah, Idris digesa tampil jawab dakwaan tular

Pakar hadis terkenal tanahair, Dr Rozaime Ramlee hari ini membangkitkan satu isu serius berhubung dakwaan salah laku melibatkan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Ia susulan isu perubahan isi kandungan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman edisi baru terbitan JAKIM, salah satu agensi yang duduk di bawah pengurusan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Idris Ahmad.

Menurut perkongsian Rektor KUIPs itu di dalam FB miliknya sebentar tadi, tindakan JAKIM yang bertindak mengubah kandungan asal tafsir berkenaan dianggao perkara yang sangat memalukan negara memandangkan perbuatan itu dilihat telah menceroboh hak intelek penulis asalnya.

Tegasnya lagi, cukuplah sekadar urusan JAKIM menjaga agama, bukannya merosakkan dunia akademik dengan mengubah kandungan asal sesebuah kitab sesuka hati.

Sebagai rekod, JAKIM kini dipimpin oleh Datuk Hajjah Hakimah Bt. Mohd Yusoff pada 21 Mac lepas bagi menggantikan Abdul Aziz Jusoh.

Beliau mencatat sejarah penubuhan JAKIM selepas menjadi wanita pertama dilantik mengisi jawatan tersebut selepas ditubuhkan pada 1997 ketika di bawah pentadbiran kerajaan BN pimpinan Tun Dr Mahathir, PM ke-4 ketika itu.