Ismail dakwa bayar keluarga Adib RM1.5 juta November lepas
Kerajaan membayar ex-gratia sebanyak RM1.5 juta kepada keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim pada 29 Nov tahun lalu.
Menurut portal FMT, Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob, berkata bayaran dibuat walaupun siasatan mengenai kematian anggota bomba dan penyelamat itu masih berjalan.
“Inilah bukti kesungguhan Umno dalam bela nasib rakyat,” kata Ismail dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2021, hari ini.
Jawatankuasa Khas akan memberi laporan penuh berkaitan kes itu hujung bulan ini.