Ismail Sabri dan MP UMNO masih sempat potong kek ketika Selangor dilanda banjir, dedah netizen

Ismail Sabri dan MP UMNO masih sempat potong kek ketika Selangor dilanda banjir, dedah netizen

PM Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berdepan saat memalukan apabila dilondehkan netizen selepas mengeluarkan kenyataan berbohong ketia Sidang Khas Dewan Rakyat.

Menurut laporan portal FMT, Ismail memberitahu Dewan Rakyat bahawa Jabatan Meteorologi mengeluarkan enam amaran cuaca signifikan yang boleh mengakibatkan hujan lebat berterusan sebelum banjir besar melanda Selangor pada 18 Dis.

Sebelum itu, mesyuarat khas itu panas hampir 10 minit apabila Ismail berkata, beberapa wakil rakyat pembangkang “hilang” ketika bencana banjir melanda beberapa negeri, khususnya di Selangor pada bulan lalu.

Ismail berkata, beliau bergegas melawat kawasan banjir pada lewat malam untuk membantu mangsa banjir, bagaimanapun Ahli Parlimen dan ADUN pembangkang tidak kelihatan.

Namun, disebalik dakwaannya turun padang pada malam kejadian banjir besar di Selangor itu, seorang pengguna media sosial menaikkan kembali gambar membabitkan dirinya bersama-sama MP Kerajaan dari UMNO yang juga Pengerusi MKN Negeri, Noh Omar sedang berseronok memotong kek.

Sementara itu, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor membidas kenyataan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob yang mendakwa beliau terpaksa campur tangan dalam pengurusan bencana banjir di Selangor sebagai “tidak bertanggungjawab”.

ADUN Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli berkata, menjadi tanggungjawab Majlis Keselamatan Negara (MKN), iaitu agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri, menjaga keselamatan seluruh negara yang ditimpa bencana, bukan hanya menuding jari kepada kerajaan negeri.

“(Ini) adalah satu kenyataan tidak bertanggungjawab untuk seorang PM mengatakan ’sesetengah pihak’ tidak peduli amaran tersebut hingga perlu campur tangan (kerajaan) pusat.

“‘This is not a blame game!’ Menjadi tanggungjawab MKN untuk jaga seluruh negara yang dalam bencana,” kata Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari di Twitter.