Ismail tunaikan janji, pnjawat awam diberi Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak RM100 mulai Januari 2023

Ismail tunaikan janji, pnjawat awam diberi Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak RM100 mulai Januari 2023

Sejak pagi tadi, penjawat awam menantikan pengumuman daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang akan mengumumkan ‘khabar gembira’ buat para penjawat awam.

Memetik laporan The Vocket, Datuk Seri Ismail Sabri sebentar tadi berkata penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 negara bakal menikmati Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 mulai Januari depan.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pengumuman itu bakal dimanfaatkan seramai 1.28 juta penjawat awam dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.5 bilion.

“Sebagai contoh, sebelum ini kadar KGT bagi gred 11 adalah RM80, maka pada 2023, beliau akan menerima kadar KGT asas sebanyak RM80 dan tambahan khas sebanyak RM100 menjadikan jumlah KGT diterima pada 2023 adalah sebanyak RM180,” katanya ketika menyampaikan amanat kepada anggota perkhidmatan awam sempena Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 (MAPPA XVIII).

Pengumuman Perdana Menteri itu adalah antara enam inisiatif yang diumumkan pagi ini, mendapat sorakan gemuruh kira-kira 8,000 penjawat awam yang hadir pada majlis pagi ini.