Isteri ahli politik cair tengok Putera Mateen pakai seragam tentera

Isteri ahli politik cair tengok Putera Mateen pakai seragam tentera

 

Putera raja kacak dan sentiasa mendapat perhatian ramai, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen atau lebih mesra dipanggi ‘Prince Mateen’ sekali lagi membuatkan peminatnya ‘cair’. Kali ini Mateen memuatnaik gambar dia segak memakai pakaian seragam tentera di Instagram peribadinya.

Dengan memegang senapang di sebuah hutan, Mateen kelihatan seperti sedang menjalani latihan ketenteraan.

Gambar yang dimuatnaik pada hari Isnin (6/2) ini telah menerima lebih dari 120k tanda suka dan dibanjiri komen ‘sweet’ dari peminatnya. Ternyata ramai wanita yang ‘cair’ dengan penampilan Mateen memakai pakaian seragam tentera tersebut.

Gambar Mateen ini turut mendapat perhatian seorang usahawan dan isteri kepada ahli politik dari Indonesia Asrilia Kurniati. Wanita cantik ini terlihat mengungkap kata-kata romantik kepada Mateen di ruangan komen

“Sayang, Miss You”

Mungkin ramai yang tak kenal, wanita cantik ini merupakan isteri kepada anggota Parlimen Indonesia malah Asrilia juga terkenal aktif dalam beberapa pertubuhan.

Salah seorang daripada mereka ialah Pengerusi Persatuan Organisasi Wanita (GOW) Kota Surabaya. Selain itu, beliau juga menjabat sebagai Wakil Bendahara Umum HIPMI Jawa Timur.

Nampaknya, Mateen bukan sahaja digilai oleh para gadis dan wanita bujang, tetapi isteri orang pun boleh jatuh hati.

Tapi para wanita di luar sana harus menerima yang hati Mateen telah pun dicuri oleh seorang gadis bernama Anisha Isa Kalebic.

Wanita yang disyaki sebagai kekasihnya kini menjadi tumpuan yang dikhabarkan menjalinkan hubungan dengan Mateen. Kebersamaan Anisha Isa Kalebic dengan Mateen sering dimuat naik ke akaun Instagramnya.