Isteri ‘ceraikan’ diri sendiri guna telefon suami
Lumrahnya, mana ada pasangan suami isteri yang mahu ikatan perkahwinan berakhir dengan perpisahan bukan?
Namun begitu, berdepan hubungan toksik boleh menyebabkan emosi terganggu selagi tidak mencari jalan keluar.
Itulah dilema yang turut dilalui seorang wanita dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) ini.
Isteri nak keluar dari perkahwinan toksik…tapi suami enggan lepaskan
Gara-gara menjalani hubungan yang agak teruk selama 3 tahun, dia mahu keluar dari perkahwinan toksik tersebut.
Walau bagaimanapun, si suami enggan melepaskannya atas alasan tertentu yang tidak didedahkan kepada umum.
Ambil telefon suami ketika tidur…lafazkan talak melalui mesej sebanyak 3 kali
Suatu malam ketika lelaki berkenaan nyenyak tidur, wanita berkenaan nekad mengakses telefon bimbit pasangannya.
Dia kemudiannya menghantar teks mesej, “Saya mahu berpisah dengan awak” sebanyak 3 kali kepada diri sendiri.
Keesokan harinya, bukti itu terus dibawa ke mahkamah bertujuan untuk menuntut perpisahan.
Mengaku helah sendiri…suami tekad mahu sukarkan proses perpisahan
Helah yang disangka jadi penyelesaian pantas itu, bagaimanapun menjerat dirinya lantas mengundang lebih banyak masalah.
Apabila sumber mesej itu dipersoal di Mahkamah Dubai, wanita itu akhirnya mengakui perbuatannya.
Sejurus kebenaran terbongkar, si suami pula tekad untuk menyukarkan serta melambatkan proses perpisahan tersebut.