“Isteri Datuk ND Lala..” – Ibu Shila Amzah sahkan Datin Siti Munirah sebagai madu

“Isteri Datuk ND Lala..” – Ibu Shila Amzah sahkan Datin Siti Munirah sebagai madu

Isteri kepada pelakon dan penyanyi era 80-an, ND Lala iaitu Fauziah Sarman semalam telah memuat naik sekeping gambar di Instagram, mendedahkan wajah seorang wanita dengan kepsyen ditulis ‘penyondol’.

Namun sebentar tadi, ibu kepada penyanyi Shila Amzah itu telah menukar kapsyen di Instagramnya dan kini memperkenalkan wanita tersebut sebagai isteri kepada suaminya, ND lala.

” Isteri NDLala, Datin Siti Munirah Ab Gahani…”

 

Rata-rata netizen di ruangan komen memberi maklum balas terhadap hantaran tersebut, namun Fauziah Sarman tidak memberikan sebarang respon.

 

 “Isteri Dato’ ND Lala…Datin Siti Munirah Abd Ghani.” – Fauziah Sarman

Hantaran tersebut sekaligus telah menjawab spekulasi yang mengatakan pelakon dan penyanyi veteran tersebut telah bernikah satu lagi.

ND Lala yang juga merupakan bapa kepada penyanyi popular, Shila Amzah juga sebelumnya telah dikaitkan dengan dakwaan telah berkahwin baru dengan wanita yang lebih muda dari isteri pertamanya.

 

 

Kawan baik zaman sekolah Shila Amzah

Difahamkan Siti Munirah merupakan kawan kepada Shila ketika mereka bersekolah di Sekolah Menengah Setapak Indah, malah Munirah juga sering berkunjung ke rumah keluarga mereka untuk majlis-majlis tertentu.

Baru-baru ini Shila juga pernah memuat naik hantaran melalui Instagramnya bahawa dia sedang mencari Munirah berhubung kontroversi yang tercetus.