Isteri lumpuh selepas melahirkan anak, kesetiaan Edika Yusof kembali jadi bualan
“Setia itu mahal”. Itulah satu kata paling sesuai menggambarkan sosok Edika Yusof yang setia menjaga isterinya walaupun keadaan benar-benar perit. Setelah bersalin anak kedua dahulu, Norhidayah Yusri mengalami Meningitis dimulai dengan demam panas kemudian lumpuh separuh badan
Saya janji dengan isteri, apa pun jadi tetap akan jaga dia dengan baik
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Dalam perkongsian dengan mStar pada 2013 dulu, pelakon era 90-an ini juga pernah membotakkan kepala selama 7 tahun berturut-turut kerana bernazar tidak akan menyimpan rambut selagi Puan Hidayah tidak sembuh.
@eyka_talib #luahanhati #motivasidiri #viraltiktok #tiktokmalaysia🇲🇾 #fypage #puterisarahliyana
Saat terlantar dulu, saya ditatang bagai seorang bayi kecil
Keagungan rasa cinta kepada isterinya jauh lebih besar daripada keperluan mencari pengganti lain. Buktinya, Edika Yusof sempat memberi jawapan mengharukan ketika Puan Hidayah memberikan keizinan untuk kahwin lagi. Bagi yang tidak tahu, keadaan wanita ini ketika 3 tahun pertama sangat teruk termasuklah strok dan penurunan berat badan secara mendadak sehingga tinggal tulang.
“Pernah suruh Edika kahwin lagi. Tapi dia cakap, untuk apa nak tambah masalah lagi? Cukuplah 1 kerusi roda ni saja saya tolak. Kalau Allah takdirkan isteri kedua pun ada masalah kesihatan, perlu ke saya tolak juga kerusi roda kedua?”
Jangan berserah pada Allah semata-mata
Bukan saja isteri, sebenarnya ibunya turut pernah menyarankan Edika mencari suri hati lain memandangkan saat itu anak-anak mereka masih kecil lagi. Tapi nampaknya, lelaki sejati ini memilih untuk abdikan kesetiaannya hanya buat Norhidayah walau apa jua rintangan mendatang sekali gus menjadi teladan untuk para suami di luar sana.