“Isteri mengadu penat buat kerja rumah tapi aku tak percaya, lepas dia koma baru aku sedar penatnya jadi suri rumah, nak buat susu pun aku tak reti”
Ada sesetengah suami yang mengambil mudah betapa penatnya menguruskan rumah tangga kerana bagi mereka isteri hanya duduk di rumah.
Namun bukan senang mahu menguruskan anak sepanjang hari, ditambah pula perlu mengemas rumah dan memastikan makanan terhidang di atas meja tanpa ada hari cuti.
Seorang lelaki berusia 29 tahun tidak menyangka keluhan si isteri terbukti benar lepas dia terpaksa uruskan anak dan rumah selepas isteri tak sedarkan diri dan direhatkan di hospital.
Di bawah adalah luahan tersebut.
Aku lelaki, baru ada anak dua orang, harap perkongsian aku ni dapat buka mata orang lelaki di luar sana.
Isteri aku suri rumah sepnuh masa, lepas anak bongsu lahir, isteri aku minta pasangan kamera litar tertutup (CCTV) jadi aku setuju sebab boleh tengok sahaja dari telefon.
Nak jadikan cerita, satu hari tu aku tengok CCTV, isteri aku terbaring kaku dekat rumah. Aku terus bergegas balik rumah, tengok anak-anak masih tidur.
Tapi isteri aku pucat sangat, nadi ada jadi aku terus telefon mak bapa aku untuk datang jaga anak sebab aku bawa isteri pergi hospital.
Gelabah aku masa tu jangan cakaplah, sampai dekat kecemasan doktor kata keadaan isteri aku serius dan perlu di bawa ke Unit Jagaan Rapi (ICU), aku terduduk.
Isteri aku perlu direhatkan sehingga badan dia sudah kuat dan tak perlu bergantung pada oksigen.
Doktor maklumkan pembuluh darah dia pecah, macam-macam doktor soal aku. Kata doktor punca dia tertekan sebab penat buat kerja seharian.
Isteri selalu luah penat
Aku tak nafikan memang isteri pernah cakao dia penat uruskan anak-anak tapi aku cakap benda tu sikit sahaja.
Biasalah budak nak membesar mesti buas. Sampai sekarang aku rasa bersalah sebab tak dengar betul luahan isteri.
Empat hari isteri tak sedarkan diri, setiap hari aku melawat, minta dia bangun dan minta maaf dengan dia sebab tak dengar cakap dia.
Aku rindu dia, banyak salah aku dengan isteri. Bayangkanlah nak bancuh susuah anak pun aku tak tahu berapa ‘scoop’ sebab dia uruskan semua selama ini.
Terkejut lihat baju isteri penuh ‘tahi lalat’
Anak bongsu aku menangis jadi aku pun pergi cari baju isteri dalam almari, menangis aku lihat baju dia.
Baju isteri ada bintik-bintik hitam macam tahi lalat, ada yang berlubang. Ya Allah! Teruknya aku, tak pernah nak tengok baju dia selama ini.
Sedangkan baju anak aku semua cantik-cantik, dia tak pernah minta aku belikan apa-apa untuk dia.
Tak pernah wish birthday
Hari lahir dia, ulang tahun perkahwinan kami, tak pernah sekali aku ucap apa-apa dekat dia, aku tak pernah tahu betapa penatnya dia.
Dia adalah isteri terbaik untuk aku, mak terhebat untuk anak-anak aku. Tapi aku? Gagal jadi suami untuk dia, aku tak lindung dia.
Aku harap sangat isteri aku sedar, aku takut aku terlambat. Aku rindu suara dia, cara dia tegur anak-anak bila bising.
Nasihat kepada para suami
Betul, penat seorang suri rumah jangan dibuat main. Kalau isteri cakap penat tu tolonglah percaya mereka.
Tolong ambil tahu hal isteri, kadang-kadang mereka ini tunjuk kuat sahaja depan kita untuk tutup kelemahan mereka.
Jangan tunggu kehilangan baru nak merasa menyesal.