Isteri ND Lala dedah wajah ‘penyondol’ rumah tangga, siap petik nama suami

Isteri ND Lala dedah wajah ‘penyondol’ rumah tangga, siap petik nama suami

Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan luahan-luahan isteri kepada pelakon dan penyanyi terkenal era 80an, ND Lala iaitu Fauziah Sarman yang seakan menyentuh perihal rumah tangganya.

Walaupun ada dakwaan mengatakan yang suaminya mempunyai isteri lain, namun ibu kepada selebriti terkenal, Shila Amzah tidak mengesahkan dakwaan tersebut dan telah berkongsi gambar bersama suami dengan kapsyen ‘anniversary’.

Penyondol rumah tangga?

Namun begitu, menerusi hantaran terbaru Fauziah di Instagram, dia telah memuat naik gambar seorang wanita dengan kapsyen ‘penyondol’ serta menulis sekali nama individu tersebut.

Padam beberapa gambar dengan suami

Hantaran tersebut juga disertakan dengan akaun Instagram suaminya, ND Lala atau nama sebenarnya Dato’ Amir Amzah bin Salleh.

Fauziah turut dilihat memadam beberapa gambarnya bersama suami yang sebelum ini ada dimuat naik ke media sosial.

Belum ada sebarang penjelasan

Setakat ini, belum ada sebarang penjelasan daripada mana-mana pihak berhubung pendedahan yang dibuat ibu kepada Shila Amzah.

Kenalan dan netizen yang meninggalkan komen di ruangan Instagram Fauziah turut mengakui terkejut dengan pendedahan tersebut dan menyatakan mungkin kesabaran seorang isteri sudah habis.

Terdahulu, media melaporkan terdapat seorang penyanyi dan pelakon lelaki popular era 80-an telah bernikah lagi satu secara rahsia sehingga segelintir netizen mendakwa ND Lala adalah individu terbabit.

Bagaimanapun, adik Shila iaitu Syada Amzah menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan ibu bapanya masih tinggal sebumbung dan hampir setiap hari keluar bersama.